Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Keputusan mahkamah kes Petros-Petronas tidak ganggu petisyen Sarawak berkaitan MA63
  • SEMASA

Keputusan mahkamah kes Petros-Petronas tidak ganggu petisyen Sarawak berkaitan MA63

Utusan Sarawak 14 hours ago
DATUK Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan siap projek Dewan Taman Sukma, Petra Jaya. Foto UKAS.

PETRA JAYA: Keputusan mahkamah membabitkan pertikaian komersial antara Petros dan Petronas tidak menjejaskan petisyen Sarawak di Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan undang-undang berkaitan hak negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Hubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, keputusan mahkamah itu hanya melibatkan isu komersial antara kedua-dua syarikat dan tidak berkaitan dengan petisyen Sarawak.

“Kes Petros dan Petronas adalah kes komersial yang mereka bawa ke mahkamah dan keputusan mahkamah itu adalah keputusan yang kita sebagai rakyat harus hormati.

“Namun ia tidak ada kaitan dan tidak memberi kesan kepada petisyen yang kita failkan di Mahkamah Persekutuan.

“Petisyen kita adalah untuk mendapatkan kejelasan undang-undang yang kita ada antara negeri dan Persekutuan.

“Jadi kedua-dua perkara ini adalah berbeza dan tidak bermaksud keputusan mahkamah dalam kes komersial itu akan mempengaruhi petisyen kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada majlis penyerahan siap projek Dewan Taman Sukma di sini, hari ini.

Sharifah Hasidah berkata, kerajaan Sarawak kekal komited untuk meneruskan proses perundangan yang sedang berjalan bagi memastikan hak negeri diperjelaskan melalui saluran undang-undang yang betul.

“Ini terbukti melalui usaha serta komitmen kerajaan negeri dalam memperjuangkan hak rakyat Sarawak menerusi MA63,” katanya.

Untuk rekod, petisyen Sarawak difailkan di Mahkamah Persekutuan pada 15 Januari 2026 lalu bagi mendapatkan tafsiran dan kepastian undang-undang mengenai bidang kuasa antara negeri dan Persekutuan, selaras dengan hak negeri di bawah MA63.

Sementara keputusan mahkamah hari ini berkaitan kes Petros-Petronas adalah berpunca daripada tuntutan jaminan bank berjumlah RM7.95 juta di bawah Perjanjian Jual Beli Gas Sarawak 2020 (SGSA) antara Petros dan Petronas.

Mahkamah hanya memutuskan isu pelaksanaan jaminan bank berdasarkan sifat kontraktual instrumen tersebut, tanpa menyentuh kesahan Ordinan Pengagihan Gas 2016 (DGO 2016), Akta Pembangunan Petroleum 1974 (PDA 1974) mahupun pertikaian kuasa perundangan yang lebih luas.

Oleh Masrin Affirah

Continue Reading

Previous: Mahkamah benar tuntutan jaminan bank, Petros tegaskan isu hak gas Sarawak belum diputuskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.