Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Keputusan kes edar dan miliki dadah ditetap 26 September ini
  • MAHKAMAH

Keputusan kes edar dan miliki dadah ditetap 26 September ini

Utusan Sarawak 18 hours ago
KOMPLEKS Mahkamah Sibu.

SIBU: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 26 September ini bagi mendengar keputusan terhadap seorang lelaki atas satu pertuduhan mengedar serta tiga pertuduhan memiliki dadah berbahaya.

Hakim Wong Siong Tung menetapkan tarikh tersebut setelah tertuduh, John Ting Sing Fong, 39, selesai membela diri terhadap pertuduhan yang dikenakan.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Ting didakwa mengedar dadah Methamphetamine seberat 70.78 gram dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dihukum mengikut subseksyen 39B(2) ADB 1952.

Sabit kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dikenakan hukuman mati, hendakah dikenakan hukuman sebat tidak kurang 12 kali.

Bagi pertuduhan kedua hingga keempat, Ting dituduh memiliki 26.47 gram dan 119.59 gram Ketamine serta 1.55 gram 3,4 Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), satu kesalahan di bawah Seksyen 12(2) ADB 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 12(3) ADB 1952. 

Seksyen ini memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Ting dituduh melakukan kesemua kesalahan itu di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di tempat parkir belakang sebuah pusat hiburan di Jalan Pahlawan pada 8 Mei 2023, sekitar 8.00 pagi.

Semasa prosiding hari ini, pihak pendakwa raya diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Zarith Zahrullail sementara tertuduh diwakili peguam Eliah Lau dan Connie Hii.

Sebelum ini, Ting diperintah membela diri terhadap pertuduhan setelah mahkamah mendapati pihak pendakwa raya berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Pelajar lelaki tular tumbuk guru, mengaku salah cederakan guru

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.