Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Keputusan buruk Liverpool berpunca daripada diri sendiri, kata Slot
  • SUKAN

Keputusan buruk Liverpool berpunca daripada diri sendiri, kata Slot

Utusan Sarawak 11 hours ago

Arne Slot menyaksikan pasukannya ‘meruntuh dari dalam’ ketika menentang Leeds. Foto AFP

LEEDS (United Kingdom): Liverpool hanya boleh menyalahkan diri sendiri kerana melepaskan dua mata lagi dalam Liga Perdana, kata Arne Slot selepas Leeds mencuri keputusan seri dramatik 3-3 di Elland Road awal pagi tadi.

Dua kali Liverpool berada dalam kedudukan selesa apabila mereka mendahului 2-0 hasil dua jaringan Hugo Ekitike, dan walaupun Leeds bangkit menyamakan kedudukan 2-2, Liverpool kembali di depan menerusi gol Dominic Szoboszlai.

Namun kelemahan pemain-pemain Slot ketika bertahan dalam situasi bola mati kembali menghantui mereka apabila Ao Tanaka menjaringkan gol dari sepakan penjuru pada masa kecederaan.

Liverpool kini hanya menang dua daripada 10 perlawanan terakhir Liga Perdana dan empat daripada 15 perlawanan dalam semua kejohanan, sekali gus meningkatkan tekanan terhadap Slot walaupun beliau memenangi liga pada musim pertamanya di Anfield.

“Ini bukan kali pertama kami hilang mata, bukan kali pertama kami bolos pada minit terakhir atau bolos daripada situasi bola mati,” kata Slot.

“Hanya kami sendiri yang patut dipersalahkan. Jika anda menjaringkan tiga gol, ia sepatutnya cukup untuk menang, terutama apabila kami tidak pun berdepan banyak peluang berbahaya.”

Slot meletakkan Mohamed Salah di bangku simpanan untuk perlawanan ketiga berturut-turut dan tidak memasukkannya langsung sebagai pemain gantian. 

Pembelian rekod kelab, Alexander Isak, juga diketepikan, namun keputusan Slot memilih Ekitike berbanding pemain Sweden itu terbukti tepat dengan dua gol penyerang Perancis tersebut.

Salah dijangka berangkat ke Piala Negara-Negara Afrika selepas dua perlawanan seterusnya, dan Slot enggan mengulas mengenai masa depan jangka panjang penjaring ketiga terbanyak dalam sejarah kelab itu.

“Hari ini saya rasa kami perlukan pemain lain untuk memastikan kemenangan,” kata pengendali dari Belanda itu mengenai keputusan tidak memasukkan Salah.

“Kami perlu menerima keadaan yang kami hadapi. Masa depan jangka pendek Mo ialah dia akan ke AFCON, tetapi sebelum itu kami menentang Inter (Milan) dan Brighton.” – AFP

Continue Reading

Previous: Luahan marah Salah tambah tekanan terhadap Slot
Next: Maresca bimbang penyerang Chelsea, Delap, alami kecederaan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.