Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Keputusan bawa pulang MALBATT tertakluk kepada UNIFIL – Mohamed Khaled
  • NASIONAL

Keputusan bawa pulang MALBATT tertakluk kepada UNIFIL – Mohamed Khaled

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bercakap kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Projek JanaVeteran Boustead Plantations Berhad, Halia KayTi (Kota Tinggi) di Ladang Telok Sengat hari ini. Foto BERNAMA

KOTA TINGGI: Malaysia tidak boleh membuat keputusan secara unilateral untuk membawa pulang anggota Batalion Malaysia (MALBATT) 850-13 dari Lubnan kerana tertakluk kepada mandat Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata penugasan pasukan pengaman Malaysia berada di bawah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), termasuk soal pemerintahan dan pengunduran anggota.

“Kita tertakluk kepada UN (PBB)… apabila kita bersetuju menyertai misi ini, penugasan dan pemerintahan pasukan berada di bawah UN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Projek JanaVeteran Boustead Plantations Berhad di Telok Sengat di sini hari ini.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi berkata sebarang keputusan termasuk membawa pulang anggota perlu melalui proses dan pertimbangan di peringkat PBB bagi memastikan pematuhan kepada mandat misi.

Mengulas situasi keselamatan, beliau berkata terdapat insiden anggota MALBATT terserempak dengan Angkatan Pertahanan Israel (IDF), namun keadaan kekal terkawal tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Keutamaan kerajaan ketika ini, katanya ialah untuk memastikan keselamatan anggota sepanjang penugasan.

Beliau berkata langkah keselamatan turut dipertingkatkan termasuk penilaian semula operasi di lapangan selaras dengan perkembangan semasa.

“Jika perlu, peranan tertentu boleh ditangguhkan atau pergerakan anggota dihadkan sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Lebih 500 anggota MALBATT kini ditempatkan di Lubnan di bawah misi UNIFIL.

Pada 25 Mac lepas, Mohamed Khaled dilaporkan berkata tiada anggota MALBATT 850-13 yang cedera dalam beberapa insiden letupan yang dilaporkan berlaku berhampiran kawasan operasi UNIFIL di selatan negara itu.

Beliau memaklumkan insiden berkenaan berlaku susulan ketegangan antara IDF dan Hezbollah di kawasan terbabit.

Menurut Mohamed Khaled, Markas UNIFIL di Naqoura turut memantau keadaan secara berterusan serta mengeluarkan arahan kepada semua pasukan pengaman agar sentiasa berwaspada. – Bernama

Continue Reading

Previous: JPJ kemas kini garis panduan Institut Memandu, benar bina litar latihan dalam bangunan
Next: Kerajaan masih mampu tampung subsidi RON95, sedia selaras dasar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.