Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kepulauan Borneo berpotensi muncul kuasa ekonomi baharu ASEAN
  • SEMASA

Kepulauan Borneo berpotensi muncul kuasa ekonomi baharu ASEAN

Utusan Sarawak 6 hours ago
SIDANG MEDIA… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bercakap kepada media pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026. Foto UKAS

JAKARTA: Kepulauan Borneo berpotensi muncul sebagai kuasa ekonomi baharu ASEAN sekiranya kerjasama strategik antara negara di rantau itu diperkukuh, khususnya dalam pembangunan sektor tenaga hijau, semikonduktor dan ekonomi digital.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, kepulauan Borneo yang terdiri daripada tiga negara ASEAN iaitu Indonesia (Kalimantan), Malaysia (Sarawak) dan Brunei Darussalam mempunyai potensi bekerjasama dalam satu kerangka kolaborasi yang akan memberikan sumbangan kepada pembangunan ASEAN dan seterusnya di antara ASEAN dengan masyarakat luar.

“Dalam hal ini Malaysia ketika menjadi Pengerusi ASEAN telah mengenalpasti mpotensi tenaga dan Pulau Borneo khasnya Sarawak mempunyai potensi untuk membangunkan tenaga yang boleh diperbaharui atau tenaga hijau.

PREMIER Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

“Ini menjadi tenaga yang sangat penting berlatarbelakangkan isu perubahan iklim yang sedang belaku ketika ini.

“Dengan itu saya rasa kita boleh bekerjasama untuk membekalkan lebihan tenaga yang boleh kita kongsikan dengan negara-negara dalam ASEAN,” ujarnya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama di Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026 di sini hari ini.

Abang Johari menambah, Sarawak kini membekalkan tenaga elektrik ke Kalimantan Barat dan melalui Sarawak Energy yang turut melabur 25 peratus dalam projek hidro di Kalimantan Utara.

“Selain itu, Sarawak telah membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik kepada Sabah dengan potensi peningkatan kapasiti pada masa hadapan.

HADIR… Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Sidang Kemuncak Ekonomi Indonesia (IES) 2026. Foto UKAS
 

“Pada hujung tahun atau suku pertama 2027, kita juga akan membekalkan tenaga ke Brunei dan selepas itu sudah tentu kita akan membekalkan tenaga menerusi kabel dasar laut ke Semenanjung Malaysia dan juga Singapura,” jelasnya yang menyatakan usaha itu akan menjadi asas usaha menarik pelaburan luar.

Sementara itu, beliau menjelaskan dalam konteks kerjasama serantau, kewujudan kerangka kerjasama kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara Sarawak dan Kalimantan serta platform BIMP-EAGA akan memperkukuh kolaborasi ekonomi rentas sempadan.

Dalam pada itu, Abang Johari turut mendedahkan kemajuan Sarawak dalam sektor semikonduktor generasi baharu melalui SMD dan pusat penyelidikan di Cardiff, United Kingdom, termasuk pembangunan cip berkuasa AI yang kini menunggu kelulusan hak harta intelek (IP).

“Cip tersebut berpotensi digunakan dalam sektor penjagaan kesihatan, automotif dan aeroangkasa. Sebab itu kita menumpu perhatian kepada aeroangkasa dan universiti kita menjalinkan kerjasama dengan Kolej Teknikal Istanbul, Turkiye.

“Dan dengan adanya ini (kerjasama), kita juga boleh bekerjasama dengan negara jiran kita dalam bidang semikonduktor,” tambahnya.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr. Muhammad Abdullah Zaidel serta pegawai kerajaan negeri lain. – UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Pengukuhan ketersambungan Borneo letakkan Sarawak sebagai rakan strategik serantau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.