Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Keprihatinan kepimpinan terserlah menerusi Program Gunting Rambut dan Beg Sekolah di Daro
  • Tengah
  • WILAYAH

Keprihatinan kepimpinan terserlah menerusi Program Gunting Rambut dan Beg Sekolah di Daro

Utusan Sarawak 18 hours ago
TINGKATKAN MOTIVASI MURID…. Safiee menyantuni pelajar yang menyertai program gunting rambut percuma. Foto UKAS

DARO: Program Gunting Rambut Percuma dan Sumbangan Beg Sekolah ‘Kembali Ke Sekolah’ mencerminkan keprihatinan berterusan kepimpinan setempat terhadap kesejahteraan rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, usaha ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi keperluan asas persekolahan, malah mampu meningkatkan motivasi dan keyakinan murid untuk hadir ke sekolah.

“Program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban ibubapa dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak, di samping memupuk semangat kebersamaan dan saling membantu dalam kalangan masyarakat,” katanya.

UNTUK PELAJAR…. Safiee merakam kenangan pada Program Gunting Rambut Percuma & Sumbangan Beg Sekolah ‘Kembali Ke Sekolah’ di Dewan Baitus Sina SK Hijrah Badong, semalam. Foto UKAS

Beliau berkata demikian semasa merasmikan program itu anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) Cawangan Daro di Dewan Baitus Sina Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong, semalam.

Program tersebut bertujuan membantu murid-murid membuat persiapan awal bagi menghadapi sesi persekolahan baharu, selain meringankan sedikit beban kewangan yang ditanggung oleh ibubapa.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Saberkas Cawangan Daro, Mohd Faizal Jamiludin, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK Hijrah Badong, Rafiah Ali, Penghulu Jebli Ngok serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penduduk Miri diminta waspada, hubungi bomba jika berlaku limpahan air
Next: BDA arah tutup premis makanan selepas dikesan lipas, najis tikus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.