Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kepimpinan SUPP tekankan perpaduan dan disiplin sebagai asas kekuatan parti
  • Tengah
  • WILAYAH

Kepimpinan SUPP tekankan perpaduan dan disiplin sebagai asas kekuatan parti

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian bergambar bersama ADUN Meradong, Datuk Ding Koung Hiing semasa kunjungan sempena Tahun Baharu Cina, semalam.

BINTANGOR: Timbalan Premier Sarawak yang juga Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian menegaskan bahawa parti itu akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan kerajaan Sarawak.

Katanya, ia adalah bagi memastikan agenda pembangunan dilaksanakan secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat.

Beliau turut menggesa semua ahli SUPP agar terus bersatu hati, bekerja sebagai satu pasukan dan sentiasa mendekati rakyat untuk memahami keperluan sebenar di peringkat akar umbi.

Kui Hian berkata demikian ketika mengadakan kunjungan Tahun Baharu Cina ke kediaman Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bintangor, Datuk Ding Kuong Hiing, semalam.

Katanya lagi, dengan kepimpinan yang mantap serta kerjasama erat antara pucuk pimpinan dan ahli cawangan, SUPP akan terus kekal relevan dan menjadi wadah perjuangan yang efektif dalam membawa suara rakyat serta memacu pembangunan Sarawak ke arah yang lebih maju dan makmur.

Sepanjang kunjungan tersebut, pelbagai perkara telah dibincangkan termasuk pengukuhan struktur organisasi parti, strategi memperkasakan jentera di peringkat cawangan serta perancangan program kemasyarakatan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Turut disentuh adalah usaha memperluas penglibatan golongan muda dan wanita dalam aktiviti parti agar kesinambungan kepimpinan dapat diperkukuhkan.

Selain itu, perbincangan juga menjurus kepada agenda pembangunan kawasan Meradong yang merangkumi penambahbaikan infrastruktur, pembangunan ekonomi setempat dan usaha meningkatkan kesejahteraan rakyat pelbagai kaum.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: DAP Sarawak tampil ramai muka baharu pada PRN akan datang
Next: Saberkas terus perkasa belia melalui program perpaduan dan kepimpinan di Meradong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.