Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kepimpinan kampung digesa lebih terbuka demi kesejahteraan komuniti
  • WILAYAH

Kepimpinan kampung digesa lebih terbuka demi kesejahteraan komuniti

Utusan Sarawak 5 hours ago
TIMBALAN Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam semasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Supa, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Saribas

SARIBAS: Kepimpinan di peringkat kampung perlu mengamalkan sikap keterbukaan dan berlapang dada dalam menerima sebarang pandangan mahupun aduan daripada penduduk setempat demi kelangsungan pembangunan komuniti yang lebih efektif.

​Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam menegaskan bahawa sikap kepimpinan yang terbuka bukan sahaja akan lebih dihormati, malah ia menjadi pemudah cara dalam menyelaras segala urusan kebajikan rakyat di akar umbi.

​”Saya menggesa kepada semua pihak kepimpinan kampung agar sentiasa berlapang dada menerima pandangan dan aduan daripada penduduk,” katanya.

​Beliau berkata demikian semasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Supa yang berlangsung meriah di Dewan Futsal Kampung Supa, hari ini.

TIMBALAN Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam semasa merasmikan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Kampung Supa, hari ini. Foto Pusat Khidmat ADUN Saribas

Dalam masa yang sama, Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas menggesa penduduk kampung agar tidak merasa takut atau ragu-ragu dalam menyuarakan idea serta cadangan yang membina untuk kebaikan kampung mereka.

​”Setiap pandangan adalah berharga, dan dengan semangat kebersamaan, kita mampu membina suasana yang lebih baik untuk diwarisi generasi akan datang,” tambahnya lagi.

Razi turut menzahirkan harapan agar rakyat di peringkat kampung sentiasa bekerjasama dengan penuh kasih sayang bagi mengelakkan sebarang perpecahan yang boleh merugikan komuniti.

​Katanya, keharmonian dan kesejahteraan hidup hanya dapat dikekalkan sekiranya penduduk bersatu padu dan mengelakkan perselisihan faham yang tidak menguntungkan mana-mana pihak.

Mengenai majlis tersebut, Razi menjelaskan sambutan Aidilfitri seharusnya dijadikan platform untuk memperkukuh semangat muafakat serta menjadi wadah untuk mengeratkan silaturahim antara pemimpin dan masyarakat.

​Jelas beliau, Aidilfitri merupakan hari kemenangan yang menuntut semua pihak untuk saling bermaafan serta melupakan segala perselisihan yang mungkin berlaku sebelum ini.

​Razi turut menyifatkan musim perayaan ini sebagai masa yang paling tepat untuk membuka lembaran baharu dengan hati yang bersih demi menjamin kesejahteraan bersama secara berterusan.

​Turut hadir ialah Penghulu Merawi Ais; Penghulu Abang Bawi Abang Nor; ketua-ketua kaum; Ahli Jawatankuasa Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Saribas serta ketua-ketua ranting PBB.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Projek pembinaan Jalan Bario ke Pa Lungan menjadi pemangkin kepada masyarakat di kawasan pedalaman
Next: BDDA peruntuk RM3 juta baiki rumah penduduk Kampung Spaoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.