Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • Keperluan kemudahan kanser di Sarawak semakin mendesak
  • KESIHATAN

Keperluan kemudahan kanser di Sarawak semakin mendesak

Utusan Sarawak 2 months ago
MENARIK… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian meluangkan masa melawat pameran kanser pada program Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal Peringkat HUS, hari ini. – Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Keperluan terhadap penyediaan kemudahan rawatan kanser di Sarawak semakin mendesak berikutan kekangan sumber tenaga pakar dan kelengkapan perubatan di negeri ini.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian menegaskan perkara tersebut akan diketengahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal berhubung pembinaan Pusat Kanser Sarawak yang dijadualkan diadakan minggu depan.

Menurut beliau, antara isu penting yang akan dibangkitkan termasuklah ketiadaan fasiliti kolonoskopi di Hospital Limbang, yang kini menyulitkan pesakit mendapatkan rawatan awal.

“Pesakit terpaksa ke Hospital Miri untuk jalani kolonoskopi. Ini bukan sahaja menyusahkan, malah melambatkan proses saringan awal. 

“Kita tidak boleh abaikan perkara ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal Peringkat Hospital Umum Sarawak (HUS), hari ini.

SIMBOLIK… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian memotong reben sebagai simbolik perasmian program Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal Peringkat HUS, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Dr. Sim menambah, peningkatan jumlah penghidap kanser di Sarawak saban tahun turut memberi tekanan kepada sistem kesihatan awam, justeru keperluan terhadap pusat rawatan khusus amatlah penting.

“Tahun lepas, kita catat lebih 3,000 kes kanser baharu di negeri ini, satu angka yang tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini menunjukkan trend yang membimbangkan,” ujarnya.

Jelas beliau, pembinaan pusat rawatan kanser bukan sahaja bertujuan menyediakan rawatan berpusat, tetapi harus disertai dengan inisiatif pengesanan awal dan pendidikan kesihatan kepada rakyat.

KENANGAN… Datuk Amar Dr. Sim Kui Hian merakam kenangan bersama yang lain pada program Bulan Kesedaran Kanser Kolorektal Peringkat HUS, hari ini. Foto HERRIEY NAHA

Mengulas mesyuarat teknikal akan datang, beliau berkata ia bakal disertai Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad serta Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi kerana projek pembinaan tersebut bakal dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia.

“Kita mahu pastikan pembinaan pusat ini menepati keperluan sebenar rakyat Sarawak dan bukan sekadar menjadi satu projek fizikal semata-mata,” tegasnya.

Oleh Amanda L.

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Penyelidik temui serpihan mikroplastik dalam tubuh individu makan gula-gula getah
Next: Tingkat kesedaran pencegahan, pengurusan, pengesanan diabetes

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.