Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kepelbagaian perayaan perkukuh keharmonian di Sarawak
  • TEMPATAN

Kepelbagaian perayaan perkukuh keharmonian di Sarawak

Utusan Sarawak 3 hours ago
AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Dato Ir. Lo Khere Chiang bersama rombongan telah mengunjungi Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching, Dato Simon Peter Poh pada Rumah Terbuka Krismas anjuran Gereja Katolik di ACCPC St Joseph Church hari ini.

KUCHING: Amalan saling berkongsi sambutan perayaan pelbagai agama merupakan asas penting dalam memelihara keharmonian dan perpaduan masyarakat di Sarawak.

Uskup Agung Gereja Roman Katolik Kuching, Dato Simon Peter Poh berkata, budaya rumah terbuka yang diamalkan oleh rakyat Sarawak berjaya merapatkan hubungan antara masyarakat tanpa mengira agama dan kepercayaan.

“Di Sarawak, kita sentiasa bersama dalam setiap perayaan seperti Aidilfitri, Ramadan, Deepavali, Wesak dan Krismas.

“Amalan berkumpul, makan dan berkongsi bersama bukan sahaja merapatkan hubungan, malah menjadi platform untuk memupuk keharmonian, keamanan serta kerjasama demi kepentingan bersama seluruh rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui pada Rumah Terbuka Krismas anjuran Gereja Katolik di ACCPC St Joseph Church, di sini, hari ini.

Menurut Dato Simon, sambutan Krismas membawa mesej keamanan, keharmonian dan niat baik yang perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian demi kesejahteraan bersama.

Dalam pada itu, beliau turut menggesa agar para pemimpin politik dan kerohanian di peringkat global berganding bahu dalam menangani konflik serta berusaha mewujudkan keamanan sejagat.

Beliau menambah, Sarawak merupakan negeri yang diberkati dengan kepimpinan yang menekankan keharmonian antara agama sekali gus membolehkan semua penganut agama hidup bersama secara aman dan saling menghormati antara satu sama lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Sambutan Krismas meriah di Sarawak, orang ramai manfaat cuti bersama keluarga
Next: Perkhidmatan feri di Pangkalan Feri Jalan Kubu-Kampung Sedaya dilanjutkan sempena Krismas, cuti sekolah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.