Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kepelbagaian di Malaysia adalah sumber kekuatan negara – Loke
  • SEMASA

Kepelbagaian di Malaysia adalah sumber kekuatan negara – Loke

Utusan Sarawak 1 day ago
MENTERI Pengangkutan, Anthony Loke. -Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Kepelbagaian yang terdapat di Malaysia adalah sumber kekuatan dan bukannya perpecahan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke sempena sambutan Hari Wesak sambil menyarankan rakyat agar mengamalkan perpaduan melalui empati, belas kasihan serta sikap saling menghormati.

Bercakap pada sambutan Hari Wesak di Kuil Maha Vihara di Brickfields hari ini, Loke menekankan kepentingan menerima identiti kepelbagaian budaya negara dan berkata nilai yang dikongsi bersama seperti belas kasihan, kebijaksanaan serta keprihatinan berupaya melangkaui sempadan agama.

“Perbezaan tidak seharusnya memisahkan kita. Sebaliknya, ia memperkaya masyarakat kita sekali gus membentuk perwatakan nasional yang penyayang, inklusif dan tahan lasak.

“Nilai-nilai yang diamalkan sempena sambutan Hari Wesak iaitu belas kasihan, kebijaksanaan, keprihatinan dan sikap tidak mementingkan diri bukan hanya dianjurkan oleh agama Buddha. Ia adalah nilai kemanusiaan sejagat yang merentasi semua agama dan falsafah,” katanya.

Beliau berkata suasana hidup yang harmoni di Malaysia antara masyarakat pelbagai agama dan bangsa adalah bukti kematangan negara serta legasi nenek moyang kita. 

“Di dunia yang penuh dengan konflik dan polarisasi ini, Malaysia menjadi contoh bagaimana rakyat pelbagai kaum dan agama boleh hidup, bekerja serta meraikan sesuatu perayaan bersama-sama,” katanya.

Loke kemudian menyertai lebih 5,000 penganut Buddha dalam perarakan kereta berhias yang diadakan sempena sambutan Hari Wesak.

Perarakan itu, yang menampilkan kira-kira 30 kereta berhias, meliputi jarak sejauh 12 kilometer sebelum kembali ke Kuil Maha Vihara.

Hari Wesak adalah perayaan penting bagi penganut Buddha untuk memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian pengasas agama itu, Siddhartha Gautama.

Perayaan itu disambut dengan menyalakan colok serta lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Malaysia saran kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Next: WWF-Malaysia gesa bina bonggol jalan di kawasan lintasan hidupan liar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.