KUCHING: Kepelbagaian latar belakang budaya di Sarawak merupakan satu kekuatan unik rakyatnya.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata dengan ada perpaduan yang menyatukan keunikan itu, maka Sarawak mampu mencapai ke tahap yang lebih tinggi
Katanya, rakyat Sarawak yang mempunyai semangat kekitaan yang tinggi akan mencapai lebih banyak kejayaan.
“Sempena tahun arnab yang membawa makna kemakmuran bagi kepercayaan masyarakat Cina, tahun ini akan membuka satu lembaran baharu yang menarik kepada semua.
“Saya percaya masyarakat Cina di seluruh Sarawak akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina ini dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan.
“Saya berharap masyarakat Cina di Sarawak yang kebanyakannya terlibat dalam sektor perniagaan akan terus maju bersama-sama dengan kaum lain di Sarawak sebagaimana kita hidup bersama, secara harmoni.
“Semoga tahun arnab terus membawa kekayaan, kesihatan yang baik dan kemakmuran kepada semua orang,”katanya dalam perutusan khas sempena Tahun Baharu Cina.