Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kepala, perut, paha manusia dalam perut buaya ditemukan
  • Utara
  • WILAYAH

Kepala, perut, paha manusia dalam perut buaya ditemukan

Utusan Sarawak 9 hours ago
SEEKOR buaya yang dipercayai berkaitan dengan insiden serangan di Sungai Semanok, Tatau ditangkap dan dibawa ke darat sebelum pembedahan dijalankan oleh SFC dengan bantuan bomba.

BINTULU: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dibaham buaya di Sungai Semanok, Tatau sejak 27 September lalu berakhir hari ini selepas pihak berkuasa menemui bahagian tubuh manusia dalam perut reptilia berkenaan.

Mangsa, Jeffery Masing Win, 21, disahkan oleh waris selepas pemeriksaan terhadap buaya sepanjang 16 kaki yang ditangkap pagi tadi menemukan cebisan tubuh manusia termasuk kepala, rahang, perut dan paha.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pembedahan dijalankan oleh Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dengan bantuan anggota bomba sekitar 10.30 pagi selepas buaya berkenaan ditarik ke daratan berhampiran Rumah Win.

“Bahagian tubuh manusia ditemui dalam perut buaya tersebut sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Identiti mangsa kemudiannya disahkan oleh pihak waris melalui cebisan daging yang ditemui,” katanya.

Menurutnya lagi, dua ekor buaya lain turut ditangkap pada sebelah petang, namun tiada penemuan dalam perut haiwan berkenaan. Operasi SAR kemudiannya ditamatkan pada 4.14 petang.

Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang selepas dibaham buaya ketika mandi bersama abangnya di anak sungai berhampiran ladang sawit pada malam kejadian.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBKS anjur program vaksinasi anti-rabies percuma Sabtu ini
Next: MBKS tegas penilaian semula cukai pintu ikut undang-undang, bukan beban rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.