Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kenyataan Rafizi berisiko gugat kepercayaan dalam tuntutan minyak Sarawak
  • Tengah
  • WILAYAH

Kenyataan Rafizi berisiko gugat kepercayaan dalam tuntutan minyak Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
KAUNSELOR Kevin Lau Kor Jie.

SIBU: Dalam usaha Sarawak mendapatkan semula haknya berkaitan minyak dan gas daripada Kerajaan Persekutuan, bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Mohd Rafizi Ramli dilihat mencipta naratif yang boleh menjejaskan kepercayaan antara kedua-dua pihak.

Ketua Pemuda Majlis Tertinggi Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Kaunselor Kevin Lau Kor Jie berkata, adalah amat mengecewakan apabila Rafizi terus menggambarkan seolah-olah tuntutan Sarawak itu akan menambahkan hutang negara akibat pengurangan sumbangan pendapatan Petronas kepada Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, Sarawak hanya mahu menuntut haknya sendiri dan mahu dihormati sebagai salah satu rakan kongsi yang membentuk Malaysia.

“Saya percaya Rafizi sepatutnya lebih ikhlas dalam usaha menyelesaikan isu ini dengan menghormati semangat sebenar Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan bukannya membela Petronas secara membuta tuli.

“Menuntut hak bukanlah bermaksud membahayakan negara, sebaliknya memberi peluang kepada Sarawak untuk membangun secara adil, kerana kita telah ketinggalan selama bertahun-tahun,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Kevin yang juga Pengerusi SUPP Cawangan Bawang Assan turut meluahkan kekecewaan terhadap naratif Rafizi, memandangkan beliau sering dianggap sebagai seorang strategis dan tokoh yang bijak. 

“Amat mengejutkan apabila Rafizi menyuarakan pandangan sedemikian. Seperti yang sering ditekankan oleh Premier kita, apabila Sarawak kuat, Malaysia juga akan menjadi kuat kerana Sarawak akan memainkan peranannya untuk memperkukuh negara,” ujarnya.

Beliau turut kesal kerana walaupun Rafizi mengakui Sarawak kaya dengan sumber minyak dan gas, namun tidak banyak perhatian diberikan terhadap agihan hasil yang adil kepada negeri ini.

“Contoh terbaik ialah betapa lamanya masa diambil untuk Sarawak mendapatkan lebuh raya seperti Lebuh Raya Pan Borneo. Secara jujur, Lebuh Raya Pan Borneo masih jauh ketinggalan berbanding lebuh raya di Semenanjung.

“Rafizi dan rakan-rakan sejawatnya juga perlu memahami bahawa isu menuntut semula hak Sarawak sangat dekat di hati rakyat negeri ini, yang merasakan mereka telah dipinggirkan selama bertahun-tahun.

“Walaupun Laut China Selatan memisahkan kita, tidak ada sebab mengapa ahli politik dari Semenanjung Malaysia tidak boleh menyambut dan memahami Sarawak dengan fikiran dan hati yang terbuka,” kata beliau lagi.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 1,762 pekebun kecil Krian terima bantuan baja di bawah inisiatif BDDA
Next: IKMa anjur Bengkel Koperasi Kariah Masjid di Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.