Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kenyataan Premier Sarawak mungkin telah ‘disalah tafsir’ atau diambil di luar konteks – Roland
  • SEMASA

Kenyataan Premier Sarawak mungkin telah ‘disalah tafsir’ atau diambil di luar konteks – Roland

Utusan Sarawak 5 months ago
DATO Sri Roland Sagah Wee Inn (kiri) dan Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim (kanan).

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, tidak pernah menyatakan bahawa Sarawak tidak mensyaratkan kelulusan subjek Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi kemasukan ke universiti milik kerajaan negeri.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, kenyataan Premier Sarawak itu mungkin telah disalah tafsir atau diambil di luar konteks.

“Premier Sarawak memang ada menyebut bahawa kelayakan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) juga mungkin layak untuk masuk ke universiti di Sarawak. Kepentingan Bahasa Malaysia tidak boleh disangkal.

“Oleh sebab itu, pelajar Sekolah Antarabangsa Yayasan Sarawak (YSIS) juga diwajibkan menduduki dan memperoleh kepujian ujian Bahasa Malaysia di peringkat SPM.

“Abang Johari tidak menyebut bahawa Sarawak tidak memerlukan kredit Bahasa Malaysia untuk memasuki universiti di negeri ini,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan pakar bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Abdul Karim, yang menyatakan bahawa cadangan Sarawak untuk membolehkan calon memasuki universiti secara percuma di negeri ini mulai 2026 tidak memerlukan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Menurut Nik Safiah, cadangan tersebut berlawanan dengan Dasar Bahasa Kebangsaan yang dikuatkuasakan di seluruh negara.

Abang Johari dipetik berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Tiga Tahun Sekali ke-26, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini, Ahad lalu.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hasil Sarawak boleh cecah RM20 bilion pada 2025 – Abang Johari
Next: Sarawak siap sedia hadapi Monsun Timur Laut 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.