Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kenyataan palsu kata Pesuruhjaya Polis
  • TEMPATAN

Kenyataan palsu kata Pesuruhjaya Polis

Utusan Sarawak 5 years ago

SHEILA ZAIDI

KUCHING : Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail menafikan satu kenyataan yang kononnya dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara (KPN) berhubung tempoh yang dibenarkan untuk keluar dari rumah dan juga masa operasi premis perniagaan bermula jam 7.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja.

Aidi ketika dihubungi berkata, kenyaataan bercetak itu yang tular di aplikasi Whatsapp sejak petang Isnin lalu adalah palsu.

“Melihat kepada bahasa kenyataan ini dibuat juga adalah menggunakan bahasa pasar dan saya yakin KPN tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti ini.

“Berdasarkan sidang media oleh Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Ismail Sabri Isnin lalu, tempoh yang dibenarkan untuk keluar rumah adalah bermula pada jam 8.00 pagi sehingga 8.00 malam,” katanya.

Menurut Aidi, bagaimanapun, Sarawak masih mengekalkan tempoh keluar rumah dan operasi premis perniagaan bermula jam 7.00 pagi sehingga 7.00 malam.

Tambahnya, setakat ini, kerajaan negeri terus mengguna pakai tempoh yang telah diumumkan sebelum ini dan memohon supaya masyarakat peka dengan setiap perubahan sekiranya ada kelak.

Sarawak semalam menerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengumumkan mengekalkan waktu operasi premis perniagaan dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Dato Sri Dr Sim Kui Hian dipetik berkata, Sarawak tidak akan mengikut tempoh larangan premis perniagaan beroperasi di Semenanjung yang menetapkan jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.

“Keputusan ini memandangkan jika kita mengubahnya, ia akan menyebabkan kekeliruan dalam kalangan orang awam dan gangguan kepada operasi perniagaan terutama dalam sektor logistik dan pengangkutan.

“Apa sahaja sekatan masa baharu, matlamatnya masih sama, kami mahu orang ramai duduk di rumah dan ini akan membolehkan kami untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19,” katanya.

Continue Reading

Previous: PKP: Sarawak kekal 7 malam hingga 7 pagi
Next: PDRM, RELA periksa 21 kenderaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.