Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Kenyataan media peratusan pencapaian SPM 2025 mengikut kaum tidak benar – KPM
  • PENDIDIKAN

Kenyataan media peratusan pencapaian SPM 2025 mengikut kaum tidak benar – KPM

Utusan Sarawak 7 hours ago

DENGKIL: Kenyataan media yang tular memaparkan peratusan pencapaian pelajar mengikut kaum bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 adalah tidak benar, kata Timbalan Menteri Pendidikan Wong Kah Woh. 

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) tidak mengeluarkan kenyataan media seumpama itu malah maklumat tersebut tidak terkandung semasa pengumuman yang dibuat semalam.

“Apa yang tular adalah 101 peratus tidak betul sama sekali. Itu sudah pasti tidak benar,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Projek Bangunan Gantian (Daif 2022) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Dengkil di sini hari ini.

Wong berkata pelaksanaan peperiksaan SPM dan pengumuman keputusan dibuat berdasarkan piawaian dan standard yang telah ditetapkan tanpa sebarang kompromi.

“Kita melaksanakan peperiksaan SPM dengan mematuhi segala piawaian dan standard yang telah ditetapkan bagi setiap satu mata pelajaran, (begitu juga) tarikh pengumuman keputusan…kita pastikan keputusan dikeluarkan pada 10.00 pagi serentak di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata pengumuman keputusan SPM dibuat secara seragam di seluruh negara bagi memastikan ketelusan.

“Ini adalah piawaian yang pihak KPM tidak akan kompromi,” katanya mengulas kenyataan media berlogo KPM yang tular di media sosial mengandungi maklumat peratusan pencapaian pelajar mengikut kaum, sejak semalam.

Kenyataan media itu mengandungi analisis mendakwa calon Melayu yang menduduki SPM 2025 merekodkan peratusan terendah berbanding Cina dan India.-Bernama

Continue Reading

Previous: Bayaran BKK RM1,200 untuk pelajar Sarawak di IPTA, IPTS mulai hari ini
Next: Lonjakan keputusan SPM bukti kemajuan pendidikan Sabah, Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.