Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kenderaan terbakar di Jalan Kung Phin, tiada mangsa terlibat
  • KEBAKARAN

Kenderaan terbakar di Jalan Kung Phin, tiada mangsa terlibat

Utusan Sarawak 3 hours ago
KEBAKARAN melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Teana musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Jalan Kung Phin, Kuching, malam ini.

KUCHING: Sebuah kereta jenis Nissan Teana musnah sepenuhnya dalam kejadian kebakaran di Jalan Kung Phin di sini malam ini.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 7.23 malam.

“Komander Operasi, PBK I Abdul Hakim Supian serta pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang bersama bantuan BBP Kota Sentosa kemudian dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati sebuah kereta Nissan Teana terbakar sepenuhnya di bahagian enjin serta bahagian dalam kenderaan.

“Bagaimanapun, kebakaran tersebut tidak melibatkan sebarang struktur bangunan dan tiada mangsa dilaporkan terlibat,” katanya dalam satu laporan yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, operasi pemadaman dijalankan menggunakan kaedah ‘offensive’ dengan membentang dua aliran salur bantu mula serta dua nozel dengan sumber air daripada pam jentera.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya dan selepas memastikan keadaan selamat serta terkawal, jentera bersama anggota berangkat balik ke balai,” ujarnya.

Operasi tersebut melibatkan seramai 14 anggota bomba dengan dua jentera penyelamat Bomba (FRT).

Continue Reading

Previous: Dapur rumah teres terbakar, berjaya dipadam orang awam sebelum bomba tiba

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.