Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kenderaan pacuan empat roda terbakar 50 peratus di Jalan Nyelong Bypass
  • KEBAKARAN

Kenderaan pacuan empat roda terbakar 50 peratus di Jalan Nyelong Bypass

Utusan Sarawak 5 hours ago
ANGGOTA bomba menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan api dipadam sepenuhnya. Foto PGO JBPM Sarawak

SARIKEI: Sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero terbakar kira-kira 50 peratus pada bahagian enjin dalam satu kejadian di Jalan Nyelong Bypass semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada 11.10 malam.

“Respons dengan panggilan kecemasan, sepasukan bomba diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I, Kilok Lampas bergegas ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Pajero yang terbakar kira-kira 50 peratus pada bahagian enjin.

“Kenderaan tersebut sedang diparkir sementara menunggu untuk dibaiki di bengkel berdekatan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, api bagaimanapun telah dipadamkan terlebih dahulu oleh orang awam menggunakan air paip sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba menjalankan kerja-kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula bagi memastikan api dipadam sepenuhnya.

“Operasi pemadaman ditamatkan sepenuhnya pada 11.30 malam,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: KEBAKARAN

Continue Reading

Previous: Tindakan pantas APM, bomba sekat kebakaran kebun daripada merebak ke hutan di Kawit, Krian
Next: Kebakaran tanah gambut Kuala Tatau hampir pulih, 96 peratus berjaya dipadam pada hari ke-10 operasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.