Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Kenderaan pacuan empat roda jatuh gaung, warga emas lelaki maut
  • KEMALANGAN

Kenderaan pacuan empat roda jatuh gaung, warga emas lelaki maut

Utusan Sarawak 4 hours ago
 MAUT… Warga emas lelaki maut kenderaan pacuan empat roda jatuh gaung di Jalan Mujong Bukit Banyau, pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

KAPIT: Lelaki warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaikinya terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira enam meter di Jalan Mujong Bukit Banyau, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada 8.17 pagi.

Menurutnya, lokasi kemalangan tidak dapat dilalui jentera bomba berikutan keadaan jalan yang sempit serta tebing yang tinggi.

“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) terpaksa bergerak ke lokasi sebenar kejadian menggunakan kenderaan pacuan empat roda,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, pasukan bomba bertindak turun ke dalam gaung menggunakan tali penyelamat dengan membawa satu unit pengusung.

“Terdapat seorang mangsa berada di dalam kenderaan berkenaan. Mangsa berjaya dikeluarkan dan diperiksa oleh unit EMRS sebelum dibawa naik ke atas jalan raya.

“Bagaimanapun, mangsa berusia 60 tahun itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Oleh Akun Giman

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Dua cedera kemalangan kendiri di Kidurong Height

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.