Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Kenderaan hilang di parkir Tasik Biru, kes khianat kabel dilaporkan di Bau
  • JENAYAH

Kenderaan hilang di parkir Tasik Biru, kes khianat kabel dilaporkan di Bau

Utusan Sarawak 4 hours ago
SEBUAH Ford Ranger dilaporkan hilang dari kawasan parkir awam Tasik Biru, Bau pada Sabtu lalu.

BAU: Polis sedang menyiasat dua kejadian berasingan melibatkan kehilangan kenderaan dan khianat kabel di daerah ini, kata Ketua Polis Daerah Bau, Supt Mohd Haide A Rahman.

Dalam kejadian pertama, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dilaporkan hilang dari kawasan parkir awam Tasik Biru di Jalan Tasik Biru Bypass pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, pengadu yang merupakan seorang peniaga menyedari kehilangan kenderaan itu sekitar 7.30 malam selepas selesai bekerja di kedainya di sini.

“Kenderaan tersebut dipercayai diparkir antara 1.00 petang hingga 7.30 malam sebelum didapati hilang. Pemeriksaan awal mendapati kawasan parkir berkenaan adalah tempat awam dan tidak dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV),” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, kenderaan itu ditinggalkan dalam keadaan berkunci tanpa kunci pendua serta tidak dilengkapi sistem pengesanan GPS, dengan anggaran kerugian sekitar RM50,000.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana kecurian kenderaan.

KABEL elektrik di dua lot kedai di Golden Square, Bau dipotong dalam kejadian khianat.

Dalam kejadian berasingan semalam, polis menerima laporan berhubung kes khianat kabel di sebuah bangunan kedai di Golden Square, Bau.

Mohd Haide berkata, seorang pengawal keselamatan yang sedang bertugas terserempak dengan seorang lelaki tidak dikenali sedang memotong kabel elektrik di bahagian meter utama sebuah lot kedai yang belum berpenghuni sekitar 10.00 pagi.

“Apabila ditegur, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna merah. Bagaimanapun, pengadu sempat merampas sebuah beg dari bakul motosikal suspek,” katanya.

Beliau berkata, antara barangan yang ditemui dalam beg tersebut ialah wayar kabel dan pemotong wayar.

Pemeriksaan lanjut mendapati kabel elektrik di dua lot kedai telah dipotong, sekali gus menyebabkan kerosakan pada premis.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap kemudahan awam.

Polis kini giat mengesan suspek dan kedua-dua kes masih dalam siasatan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Lelaki ditahan disyaki terlibat loteri haram di Bau
Next: Suspek dua rekod lampau dadah ditahan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.