Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Kenderaan asing wajib tangki ‘tiga suku’ penuh sebelum masuk Brunei mulai esok
  • BISNES

Kenderaan asing wajib tangki ‘tiga suku’ penuh sebelum masuk Brunei mulai esok

Utusan Sarawak 3 hours ago

KUALA LUMPUR: Semua kenderaan berpendaftaran asing dikehendaki mempunyai sekurang-kurangnya tiga suku tangki penuh bahan api sebelum dibenarkan memasuki Brunei, berkuat kuasa esok.

Jabatan Tenaga di Jabatan Perdana Menteri Brunei, dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa kenderaan yang gagal mematuhi syarat berkenaan tidak akan dibenarkan masuk, kecuali kenderaan rasmi kerajaan yang diberikan pengecualian.

Menurut kenyataan itu, kenderaan berpendaftaran asing juga hanya dibenarkan membeli bahan api Shell V-Power Gasoline atau Shell V Power Diesel pada kadar pasaran semasa.

“Langkah pengemaskinian kawalan bahan api (produk petroleum) ini diambil bagi melindungi bekalan  bahan api negara berikutan pergolakan geopolitik di Asia Barat sejak akhir Februari lepas.

“Langkah mandatori ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan untuk memastikan bahan api bersubsidi digunakan secara berhemah bagi kegunaan domestik serta memelihara keterjaminan tenaga negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan sama memaklumkan, bagi kenderaan berpendaftaran Brunei yang kembali dari luar negara, syarat tiga suku tangki hanya akan dikenakan sepenuhnya pada kemasukan kali kedua dan seterusnya dalam tempoh 24 jam.

Susulan pengumuman itu, semua stesen minyak di negara berkenaan telah diarahkan untuk memperketatkan prosedur pengesahan termasuk melakukan pemeriksaan teliti ke atas nombor pendaftaran kenderaan pelanggan.

Menurut kenyataan itu, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang cuba menggunakan nombor pendaftaran palsu atau diubah suai, dengan pemantauan dan penguatkuasaan dijalankan secara aktif.

“Orang ramai dan semua pemilik kenderaan dinasihatkan mematuhi peraturan ini serta memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Continue Reading

Previous: Ekonomi Malaysia kukuh berdepan kejutan harga minyak berikutan konflik Asia Barat – BNM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.