Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Kenderaan 4WD musnah terbakar
  • KEBAKARAN

Kenderaan 4WD musnah terbakar

Utusan Sarawak 5 months ago

MUSNAH… Keadaan Kenderaan pacuan empat roda yang musnah dalam kebakaran di Kuching

KUCHING: Sebuah Kenderaan pacuan empat roda musnah dalam kebakaran di Lorong 8G1 Moyan Jaya 2, di sini, hari ini.

Jurucakap Pasukan Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.08 pagi.

Bertindak atas laporan, sepasukan anggota dengan kekuatan 10 orang dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petra Jaya dikejarkan ke lokasi yang terletak 18 kilometer dari balai.

”Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang diparkir di luar rumah dan terbakar 80 peratus di bahagian hadapan.

”Pihak bomba kemudian melakukan pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula sumber air dari jentera untuk mengawal dan memadam kebakaran tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Insiden itu bagaimanapun katanya tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian kini masih dalam siasatan.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 7.05 pagi setelah pasukan bomba memastikan tiada lagi punca api dan keadaan sekitar kembali selamat.

Continue Reading

Previous: Berek pekerja ladang musnah dalam kebakaran
Next: Kenderaan musnah terbakar di Jalan Bako

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.