KUCHING: Di sebalik tabir setiap operasi, pasti ada orang yang mempermudah dan memperhalusi gerakan dalam memastikan lancarnya sesebuah perancangan dan acara.
Memikul tugas sebagai Pengarah Operasi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), Tnay Li Ping berkongsi pengalaman berkata, ia bukanlah mudah kerana tanggungjawab yang digalas serupa ‘mata-mata’ kepada calon yang terlibat dalam pilihan raya.
Katanya, tidak ada calon lain yang lebih sesuai daripada Lo Khere Chiang untuk menjadi Ahli Parlimen Stampin.
Beliau berkata sebagai ADUN, beliau telah melakukan tugas yang hebat dan sekarang adalah masa untuk meletakkan beliau di Parlimen untuk membawa suara rakyat di bawah kawasannya.
Pada 2016 dan 2021, Li Ping membantu dalam pemilihan bagi DUN Batu Kitang sebagai Pengarah Pilihan Raya. Lo Khere Chiang memenangi kedua-dua pilihan raya.
Tahun lalu, beliau menang dengan majoriti lebih besar, 4,163 undi dalam pertembungan empat penjuru menentang DAP, PSB dan PBK.
Katanya, sebelum menyandang jawatan Pengarah Operasi, beliau merupakan Ketua Pusat Wanita untuk Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada 2013, juga pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Tan Kai.
Pada masa itu, Tan Kai ialah salah seorang calon yang bertanding dalam PRN (kini Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak).
“Sepanjang tempoh Tan Kai sebagai calon, saya banyak terlibat dalam membantu pilihan raya. Jadi, saya boleh katakan ia adalah satu pengalaman yang banyak membantu sehingga kini,” katanya.
Ini adalah kali pertama Li Ping sebagai pengarah pilihan raya untuk pilihan raya umum.
Berpengalaman sebanyak dua kali dilantik sebagai Pengarah Operasi, yang pertama pada Pilihan Raya Negeri (PRN) untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kitang, sudah lebih daripada mencukupi untuk sisipan pengalaman paling ‘mahal’ yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit dan kali ini pula berdepan cabaran mengendalikan PRU-15.
Menerusi temu bual lanjut bersama Utusan Sarawak, Tnay berkata, beliau mengendalikan setiap perkara dengan tenang meskipun pada tempoh ini telefon bimbit miliknya tidak berhenti berdering, pada masa sama dikunjungi pihak akhbar, kontraktor dan pengundi dari kawasan.
“Dilantik kali pertama sebagai Pengarah Operasi ialah pada PRN bagi DUN Batu Kitang dan ia berjalan lancar. Kali ini pula untuk PRU-15, perasaan memang berbeza atas sebab setiap hari adalah hari yang genting sebelum tamatnya tempoh berkempen.
Menurutnya, beza antara kedua-dua pilihan raya negeri dan umum adalah kawasan yang perlu diceburinya jauh lebih besar dan beliau perlu berhubung dengan cawangan berbeza dalam kawasan Stampin termasuk SUPP cawangan Batu Kawah dan cawangan Sentosa.
Beliau berkata, ketiga-tiga cawangan itu membentuk jawatankuasa perhubungan dengan tujuh anggota setiap satu.
Cawangan masing-masing mempunyai jawatankuasa kecil sendiri di mana tugas dibahagikan antara mereka yang mengendalikan pemasangan sepanduk, papan iklan, bendera kepada publisiti, mencari ejen pengiraan untuk ceramah untuk operasi harian.
“Memandangkan saya perlu mengendalikan operasi harian, segala-galanya harus kembali kepada saya pada penghujung hari. Ia boleh menjadi huru-hara apabila masalah timbul di tempat yang berbeza. Perkara yang lebih penting ialah bagaimana untuk menyelaraskan antara cawangan yang berbeza untuk menangani semua masalah ini tetapi setakat ini, tidak ada isu besar,” katanya.
Bagaimana untuk menyelesaikan masalah di lapangan?.
“Yb lo percaya pada saya. Saya hanya mengambil peluang untuk lakukan yang terbaik,” katanya.
Isu agensi yang paling banyak dihadapinya ialah pemasangan papan iklan dan bendera di kawasan Sentosa. Terdapat komen bahawa tidak cukup kelihatan di sana dan kontraktor telah diberitahu untuk menanganinya.
Dari aspek masa pula, Li Ping perlu memulakan tugasan hakikinya seawal 6.00 pagi hingga ke tengah malam hanya untuk memastikan SUPP Stampin selari dengan apa yang perlu ditangani bagi memenangi semula Stampin untuk Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Memandangkan beliau merupakan Setiausaha SUPP Batu Kitang, beliau berkata, orang ramai perlu tahu bahawa perubahan itu berlaku sekarang.
“Kita tiada pilihan lain memandangkan politik di Semenanjung begitu kucar-kacir. Kami memerlukan GPS untuk membawa kami ke hadapan kepada kerajaan yang lebih stabil di negara ini. Pembangkang ada masa dan gagal tunaikan janji. Jadi sekarang, kita perlu tunjukkan kepada mereka kita tidak memerlukan mereka dalam nakhoda pelayaran negeri ini,” katanya.
Ole CONNIE CHIENG