Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kenali Beruang Matahari, haiwan terlindung di Sarawak
  • TEMPATAN

Kenali Beruang Matahari, haiwan terlindung di Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
BERUANG Matahari atau Beruang Madu, antara haiwan terlindung di Sarawak. Foto SFC

MIRI: Beruang Matahari atau Beruang Madu, antara haiwan terlindung di Sarawak, semakin menarik perhatian penduduk tempatan kerana keunikan dan peranannya dalam ekosistem hutan hujan tropika.

Menerusi hantaran di Facebook, Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) memaklumkan, beruang ini merupakan satu-satunya spesies dalam genus Helarctos dan dikenali sebagai beruang terkecil di dunia.

“Ia boleh ditemui di hutan hujan tropika selatan China, Bangladesh, Malaysia, dan Indonesia. Beruang jantan biasanya 10 hingga 45 peratus lebih besar daripada betina.

“Ciri paling menonjol Beruang Madu ialah lidahnya yang panjang antara 20 hingga 25 sentimeter, membolehkannya mengeluarkan madu dari sarang lebah. Haiwan ini juga bergantung kepada deria bau kerana penglihatannya agak lemah,” kata hantaran itu.

Orang ramai digalakkan mengunjungi Pusat Hidupan Liar Matang untuk melihat Beruang Madu secara dekat, terutamanya ketika cuti sekolah.

Lawatan sebegini bukan sahaja memberi peluang pendidikan kepada anak-anak, malah meningkatkan kesedaran tentang pemuliharaan spesies terancam.

Menurut Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), badan ini bertanggungjawab sebagai penjaga taman negara dan hidupan liar di negeri ini.

“Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman web rasmi SFC di www.sarawakforestry.com atau aplikasi Sarawak Croc Watch,” katanya

Dengan lawatan ke pusat pemuliharaan, pengunjung bukan sahaja dapat menyaksikan keunikan Beruang Madu, malah turut menyokong usaha pemuliharaan hidupan liar Sarawak bagi generasi akan datang.

Oleh Liong Chai ling

Continue Reading

Previous: 11 buaya ditangkap dalam Op Remove selama 10 hari di Sungai Batang Krian
Next: Sri Aman bersiap hadapi transformasi melalui jalan pesisir baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.