Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kenakan denda lebih tinggi vandalisme paip air – Julaihi 
  • TEMPATAN

Kenakan denda lebih tinggi vandalisme paip air – Julaihi 

Utusan Sarawak 7 months ago

KENANGAN… Dato Sri Julaihi Narawi merakam gambar kenangan bersama yang lain ketika Majlis Jamuan Tahunan LAKU Management Sdn. Bhd. malam tadi.

Miri: Denda ke atas kerosakan aset air utama seperti paip perlu ditingkatkan, bukan hanya tertumpu kepada pembaikan, kata Dato Sri Julaihi Narawi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi itu berkata, ordinan air perlu disemak semula bagi memenuhi keperluan ini.

“Kerosakan akibat kecuaian atau vandalisme perlu dikenakan denda yang setimpal untuk memastikan aset kekal terpelihara,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Tahunan LAKU Management Sdn. Bhd. di sini, malam tadi.

Beliau berkata LAKU Management Sdn. Bhd bersama agensi air lain seperti Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB) dan Lembaga Air Sibu (SWB), bertungkus-lumus melaksanakan Pelan Induk Bekalan Air Sarawak untuk membekalkan air bersih kepada pengguna di seluruh negeri ini. 

Selain itu, katanya, Sistem Grid Air Sarawak juga dilaksanakan bagi memastikan bekalan air bersih dan terawat dapat disalurkan secara efisien.

“Oleh itu, kerja-kerja berhampiran aset air seperti paip agihan utama perlu dilakukan dengan penuh cermat,” katanya. 

Dalam perkembangan lain, Julaihi menyatakan bahawa usaha penggabungan tiga agensi air utama, iaitu LAKU, KWB dan SWB, di bawah satu entiti baharu sedang giat dijalankan dan bakal direalisasikan tidak lama lagi. 

“Langkah ini bertujuan meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan bekalan air bersih di Sarawak,” katanya. 

Beliau turut memaklumkan bahawa 28 kawasan tadahan air telah diwartakan, manakala 38 lagi kawasan akan diwartakan sebagai sumber air yang terjamin dan selamat.

Continue Reading

Previous: Baitulmal mahu terus erat bersama masyarakat setempat
Next: Regata Bot Naga Antarabangsa cipta rekod baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.