Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kenaikan tambang penerbangan cabaran baharu RWMF 2026
  • TEMPATAN

Kenaikan tambang penerbangan cabaran baharu RWMF 2026

Utusan Sarawak 5 hours ago
SIDANG MEDIA…Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (dua,kiri), Dr Sharzede Salleh Askor (kiri), Datuk Dennis Ngau dan Datuk Gerald Rentap Jabu ketika sidang media selepas Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (RAYS) 2026, di Kuching, hari ini. Foto: Norman B

KUCHING: Situasi geopolitik di Asia Barat yang berpanjangan serta kenaikan harga tiket penerbangan global berkemungkinan memberi kesan terhadap kehadiran pengunjung ke Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2026.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, kenaikan kos tambang udara itu turut dipengaruhi kesan rantaian konflik antarabangsa yang memberi tekanan kepada industri penerbangan.

“Kita ini berada di pulau. Satu-satunya akses ke Sarawak adalah melalui udara. Saya akui harga tiket penerbangan telah meningkat dan ini sudah tentu memberi kesan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sidang Kemuncak Belia Hutan Hujan (RAYS) 2026, di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak, Dr Sharzede Salleh Askor berkata jualan tiket RWMF 2026 masih didominasi pelancong dari rantau Asia Tenggara.

“Kita menerima ramai pengunjung dari Singapura dan Brunei, serta jumlah yang baik dari Semenanjung Malaysia. Pelancong dari Eropah tidak ramai tahun ini, namun Australia menunjukkan angka yang memberangsangkan,” katanya.

Beliau berkata pakej pelancongan yang ditawarkan bersama Malaysia Aviation Group turut membantu merancakkan kehadiran pelancong antarabangsa ke festival berkenaan.

Walaupun berdepan cabaran kenaikan kos perjalanan udara, festival berprestij itu dijangka terus menarik kehadiran pengunjung tempatan dan antarabangsa yang ingin menikmati pengalaman muzik serta budaya yang unik di Sarawak.

Oleh Norman B

Continue Reading

Previous: Akaun bank ditutup tanpa penjelasan, PPS mahu hak pengguna dihormati

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.