Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kenaikan harga barang berikutan musim tengkujuh
  • NASIONAL

Kenaikan harga barang berikutan musim tengkujuh

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Seri Alexander Nanta Linggi

PUTRAJAYA: Kenaikan harga barangan keperluan di Johor, Perak, Kelantan dan Pahang berikutan musim tengkujuh yang melanda negeri-negeri di pantai timur yang menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, faktor perubahan cuaca yang terlampau sejuk di kawasan pengeluar bekalan utama sayur-sayuran seperti Cameron Highlands pula menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil berkurangan.

“Antara barangan yang menunjukkan peningkatan adalah sayur-sayuran seperti tomato dan sawi. Harga bawang yang diimport dari pelbagai negara pengeluar pula menunjukkan berlakunya penurunan harga,” katanya dalam kenyataan, di sini semalam.

Nanta berkata, kementerian telah memeriksa 258 premis peruncit dan pembekal melalui Op Pasar 2021 (sayur-sayuran) pada 12 hingga 18 Januari lepas melibatkan lima jenis sayur iaitu tomato, cili merah minyak serta cili merah kulai, lobak dan kubis bulat.

“Sebanyak 246 notis bertulis telah dikeluarkan kepada peniaga untuk memantau aktiviti kenaikan harga yang berlaku dan mengesan sekiranya wujud sebarang elemen pencatutan,” katanya.

Nanta berkata, kementerian turut melaksanakan pemantauan harga jualan minyak masak melalui pemeriksaan terhadap 266 premis melibatkan 2,289 minyak masak pelbagai jenama bagi botol 2 kilogran (kg), 3 kg dan 5 kg.

Sebanyak enam notis di bawah Seksyen 21, Akta Kawalan Harga Dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 dikemukakan kepada peruncit untuk mengesan sama ada wujudnya sebarang elemen mencatut dalam transaksi jualan yang dilakukan bagi barangan yang diperiksa, katanya.

Nanta berkata, pemantauan juga mendapati 11 barangan keperluan asas iaitu gula, minyak masak, tepung gandum, beras, roti putih, susu tepung, sayur-sayuran, ayam, telur, bawang dan pelitup muka mencukupi di pasaran.

Kementerian akan terus memantau bekalan dan harga barangan di pasaran di bawah Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 dan AKHAP 2011 khususnya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 bagi memastikan tiada berlakunya masalah kekurangan bekalan barangan keperluan dan kenaikan harga mendadak, katanya.

“Mana-mana peniaga yang mengambil kesempatan melakukan aktiviti mencatut di bawah AKHAP 2011 atau mana-mana kesalahan di bawah AKB 1961 akan diambil tindakan yang tegas mengikut perundangan yang dikuatkuasakan,” kata Nanta. – Bernama

Continue Reading

Previous: Agong titah semua pihak ketepi perbezaan, perangi Covid-19
Next: ASEAN perlu mengekang jenayah siber

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.