Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kenaikan bantuan kewangan bulanan kurangi beban rakyat  
  • SEMASA

Kenaikan bantuan kewangan bulanan kurangi beban rakyat  

Utusan Sarawak 4 months ago
DATO Sri Fatimah Abdullah merakam kenangan bersama penerima sumbangan pada Program Sejambak Kasih untuk Tahun Baru Cina 2025. 

SIBU: Golongan kurang bernasib baik di Sarawak bakal menikmati kenaikan bantuan kewangan bulanan sebanyak RM50 hingga RM100 bermula tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti (KPWK), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, peningkatan ini bertujuan meringankan beban penerima sambil memberi sokongan moral bagi membantu meningkatkan taraf hidup mereka.

“Untuk makluman, kadar bantuan bagi Bantuan Warga Emas (BWE) telah dinaikkan daripada RM500 kepada RM600.

“Sementara itu, Bantuan Kanak-Kanak (BKK) meningkat daripada RM200 kepada RM250 bagi setiap kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.

“Bagi kanak-kanak berumur tujuh hingga 18 tahun, jumlahnya telah meningkat daripada RM150 kepada RM200 bagi setiap kanak-kanak,” katanya ketika berucap pada Majlis Sejambak Kasih sempena Tahun Baru Cina 2025 di sini, hari ini.

Kadar baharu bantuan tersebut, katanya, akan berkuat kuasa bermula 1 Januari tahun ini.

Dalam pada itu, Fatimah turut mendedahkan bahawa sepanjang 2024, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS) telah mengagihkan sebanyak RM258,491,300 dalam bentuk bantuan bulanan kepada 56,044 penerima di seluruh Sarawak.

Menurutnya, pecahan penerima termasuk 21,192 warga emas (RM123,646,000), 7,085 kanak-kanak (RM26,274,050), 10,779 penerima bantuan am (RM28,146,650), 3,524 orang kurang upaya (OKU) yang bekerja (RM18,390,150), 2,512 penjaga OKU (RM14,054,000), 10,920 OKU yang tidak bekerja (RM44 juta), 24 kanak-kanak pelihara (RM60,750), dan lapan belia (RM3,200).

Mengenai program Sejambak Kasih, Fatimah menyatakan bahawa seramai 8,135 penerima bantuan kewangan bulanan di seluruh negeri akan menerima RM100 dan sebuah hamper bernilai RM80 setiap seorang sempena Tahun Baharu Cina.

“Ini adalah program tahunan kami yang telah dijalankan selama 20 tahun. Kami akan meneruskannya untuk memastikan golongan kurang bernasib baik tidak merasa terpinggir semasa musim perayaan,” katanya.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: JTS tidak pernah lantik pihak ketiga urus permohonan lot tanah
Next: Amaran hujan berterusan tahap bahaya di beberapa negeri hingga Ahad ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.