Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Kenaikan bahan mentah bukan penghalang untuk terus beroperasi
  • STAIL

Kenaikan bahan mentah bukan penghalang untuk terus beroperasi

Utusan Sarawak 3 years ago

BAGUS… Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail bergambar bersama tenaga kerja kilang Tebaloi PPK Mukah.

LAWATAN timbalan menteri baru-baru ini dilihat sebagai peransang kepada pengusaha kilang tebaloi tempatan untuk terus berusaha memartabatkan produk tempatan setelah terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan berikutan Pandemik Covid-19.

Keadaan itu bertambah perit dengan kenaikan harga barang keperluan terutama barangan untuk menghasilkan tebaloi. Untuk mengatasikannya, ia memerlukan langkah-langkah yang proaktif sesuai dengan keadaan semasa demi untuk memastikan kelangsungan usaha tersebut.

Demikianlah yang dipraktikkan oleh sebuah kilang pengeluaran produk tempatan yang tetap beoperasi seperti biasa biarpun berlaku kenaikan harga bahan-bahan mentah kebelakangan ini.

Kilang tersebut ialah kilang milik Pertubuhan Peladang Kawasan Mukah (PPK Mukah) di Kampung Tutus Hilir Mukah.

Menurut Pengerusi PPK Mukah, Manuchihr Smith bahan-bahan tersebut ialah telur ayam, tepung kanji, gula dan lain-lain lagi.

“Tidak dinafikan kenaikan harga barang dan bahan mentah seperti telur ayam, tepung kanji dan gula serta kos-kos lain turut memberi kesan dalam apa juga usaha yang dijalankan. Namun, bersyukur kerana setakat ini ia tidak terlalu menjejas pengeluaran tebaloi kami,” ujarnya.

Beliau berkata demikian berikutan lawatan kerja Timbalan Menteri Permodenan Pertanian Dan Pembangunan Wilayah Sarawak Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail pada 28 Jun lalu.

“Ini adalah lawatan pertama timbalan menteri ke Kilang Tebaloi PPK Mukah selepas menjawat jawatan sebagai Pengerusi PP Negeri Sarawak,” kata beliau lagi.

Tambah Manuchihr kilang tersebut mampu mengeluar sekitar 300 kotak tebaloi sehari dengan tenaga kerja seramai lima orang.

“Konsep kilang yang menyaksikan pembelian bahan mentah terus daripada ahli PPK Mukah seperti daun pisang kepuk dan buah kelapa daripada pembekal  membolehkan ia beroperasi seperti biasa hingga sekarang.

“Selain itu, kebelakangan ini pendekatan yang berorientasikan kerja mengikut sif (shift) mampu mengeluarkan 600 kotak sehari untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat selepas pendemik 2019-2021. Pengeluaran boleh meningkat  sehingga 100 peratus, namun, kini permintaan masih melebihi pengeluaran,” tambah Manuchihr lagi.

Beliau menyatakan kilang yang dimiliki sepenuhnya oleh PPK Mukah berkenaan  telah beroperasi sejak 1999 hingga sekarang.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Taman, satu keperluan dalam kehidupan hari ini
Next: Perarakan Bertakbir MDHP kukuhkan ukhuwah masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.