Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Kemunculan sulung xikers di Malaysia Januari ini
  • HIBURAN

Kemunculan sulung xikers di Malaysia Januari ini

Utusan Sarawak 4 months ago
KUMPULAN K-pop generasi baharu Xikers bakal membuat penampilan sulung di Malaysia.

KUALA LUMPUR: Kumpulan K-pop generasi baharu xikers bakal membuat penampilan sulung di Malaysia menerusi Konsert 2025 xikers World Tour Tricky House: First Encounter in Kuala Lumpur pada 19 Januari ini.

Konsert akan berlangsung di JioSpace di sini dan merupakan sebahagian daripada siri jelajah pertama kumpulan itu di rantau Asia.

Xikers yang melakukan debut pada Mac 2023, menggegarkan persada K-pop menerusi EP (Extended Play) pertama ‘House of Tricky: Doorbell Ringing’ yang meraih tumpuan ramai sehingga digelar Monster rookies.

“EP itu berjaya menduduki nombor satu di carta Billboard Emerging Artists, nombor empat di Billboard World Albums dan ke-75 di carta Billboard 200.

“Menerusi EP seterusnya ‘House of Tricky:How To Play’, xikers memecahkan rekod sendiri apabila jualan album minggu pertama melonjak hampir dua kali ganda,” kata penganjur konsert Box Live Asia dalam kenyataan hari ini.

Xikers memperkukuh status sebagai bintang K-pop meningkat naik menerusi jelajah pertama mereka ’Tricky House : First Encounter’ di Amerika Syarikat.

RoadY (gelaran kepada peminat mereka) boleh membeli tiket konsert bermula hari ini di https://my.bookmyshow.com/e/XIKERSMY pada harga RM696 (SVIP), RM596 (VIP) dan RM296 (GA).

– Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Aura Rezza Shah menyala di OIAM
Next: Teater Muzikal Sudirmania pengubat rindu Dato’ Sudirman Haji Arshad

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.