Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemudahan jambatan, jalan raya Sarawak permudahkan rakyat pulang beraya
  • TEMPATAN

Kemudahan jambatan, jalan raya Sarawak permudahkan rakyat pulang beraya

Utusan Sarawak 13 hours ago
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap dalam Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 di Kompleks Satria Pertiwi, Petra Jaya, hari ini. Foto UKAS

PETRA JAYA: Projek pembinaan jambatan dan jalan raya kerajaan Sarawak bukan sahaja memperkukuh jaringan pengangkutan negeri, malah memudahkan rakyat pulang ke kampung halaman serta mengeratkan silaturahim keluarga sempena musim perayaan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rakyat yang berada di perantauan kini tidak lagi perlu bimbang berdepan kesesakan menaiki feri untuk pulang beraya kerana kemudahan infrastruktur yang lebih baik dan selamat telah disediakan di seluruh negeri.

Menurut beliau, banyak kawasan yang sebelum ini bergantung kepada perkhidmatan feri seperti di Daro, Igan, Mukah, Betong dan Sri Aman kini semakin berkurangan penggunaannya selepas pembinaan beberapa jambatan utama disiapkan.

“Hari Raya tahun ini, tidak banyak lagi rakyat kita menggunakan feri seperti di kawasan Daro, Igan, Mukah, Betong dan Sri Aman kerana kita telah menyiapkan banyak jambatan.

“Maknanya, tidak ada lagi kebimbangan untuk balik mengunjungi sanak-saudara di kampung masing-masing,” ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 di Kompleks Satria Pertiwi di sini, hari ini.

Malah jelas beliau, penyediaan jaringan jalan raya seperti Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak mengenakan tol akan memudahkan lagi urusan perjalanan rakyat untuk pulang ke kampung halaman.

Tambah beliau, penyediaan jaringan jalan raya yang lebih efisien termasuk projek Lebuh Raya Pan Borneo yang tidak mengenakan tol turut memberi kemudahan kepada rakyat untuk melakukan perjalanan jarak jauh dengan lebih lancar dan selesa, khususnya ketika musim perayaan.

Dalam perkembangan lain, Premier Sarawak menegaskan kerajaan Sarawak akan terus komited memastikan kebajikan rakyat sentiasa terpelihara tanpa mengira latar belakang, termasuk menerusi pemberian komputer riba serta pelaksanaan pendidikan percuma kepada anak-anak Sarawak pada tahun ini.

Jelasnya, inisiatif tersebut bertujuan memastikan semua rakyat Sarawak mempunyai peluang yang sama rata untuk membina masa depan yang lebih baik.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Dato Sri Fatimah Abdullah, Timbalan-Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak Datuk Rosey Yunus dan Datuk Mohammad Razi Sitam serta tetamu kehormat lain.

-UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Bayaran SKAS dijangka dikreditkan sebelum Hari Raya – Premier Sarawak
Next: Tiada rumah terbuka Hari Raya tahun ini, Abang Johari mohon maaf

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.