Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Kemudahan internet dan fasiliti NADI boleh digunakan untuk BDR – Fahmi
  • NASIONAL

Kemudahan internet dan fasiliti NADI boleh digunakan untuk BDR – Fahmi

Utusan Sarawak 7 hours ago
MENTERI Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berucap sebelum menyampaikan watikah pelantikan kepada pengerusi panel penasihat NADI bagi Negeri Johor di sebuah hotel hari ini. Foto Bernama

JOHOR BAHRU: Kemudahan Internet dan fasiliti di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) boleh dimanfaatkan untuk mereka yang terlibat dengan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata pihaknya akan menyelaraskan agar kesemua NADI di bandar-bandar utama yang terlibat dengan pelaksanaan dasar berkenaan agar boleh digunakan oleh komuniti setempat dan penjawat awam yang terlibat dengan dasar itu.

“Memang pada waktu ini banyak NADI dimanfaatkan untuk tujuan mesyuarat dalam talian bagi badan dan agensi seperti Amanah Ikhtiar dan lain-lain, jadi saya tidak lihat ada apa-apa halangan untuk kita peluaskan penggunaan NADI bagi tujuan BDR,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat NADI negeri Johor, di sini hari ini.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan dasar BDR mulai 15 April ini khusus untuk penjawat awam dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) selama tiga hari seminggu, antara lain bagi mengurangkan penggunaan tenaga susulan krisis tenaga global akibat konflik Asia Barat.

Bagaimanapun, Fahmi berkata pusat berkenaan akan beroperasi seperti biasa mengikut waktu pejabat.

Terdahulu Fahmi dalam ucapannya berkata NADI berupaya menjadi penguat dalam membantu mereka yang terlibat BDR melaksanakan pekerjaan dengan lancar.

Beliau berkata kerajaan menerusi MCMC membelanjakan lebih RM350 juta setahun bagi menggerakkan 1,098 NADI di seluruh negara.

Fahmi berkata Sarawak mencatatkan 156 NADI iaitu tertinggi, diikuti 132 di Sabah dan 101 di Johor.

Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak terutama pengurus, penolong pengurus serta Pengerusi Panel Penasihat NADI supaya terus bekerjasama merancakkan pelbagai program bermanfaat untuk komuniti setempat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Penetapan suhu penyaman udara minimum 24 darjah di bangunan kerajaan, langkah kecil, impak besar – Pakar
Next: Krisis tenaga global: Hasil kutipan semula RM15.5 bilion bantu tampung subsidi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.