Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kemudahan infrastruktur SK Temenggong dinaik taraf
  • TEMPATAN

Kemudahan infrastruktur SK Temenggong dinaik taraf

Utusan Sarawak 4 years ago
DATUK Dr. Abdul Rahman Junaidi (dua, kanan) bersama Guru Besar SK Temenggong, Suhaimi Heep (kanan) dan tetamu yang lain merakam kenangan bersama pada lawatan di SK Temenggong semalam.

KUCHING: Bagi memberi keselesaan kepada guru dan pelajar, kemudahan infrastruktur di Sekolah Kebangsaan (SK) Temenggong akan dinaik taraf.

Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU) Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata, kemudahan yang dinaik taraf melibatkan keperluan mendesak yang senaraikan pengurusan sekolah.

Menurutnya, ia akan menggunakan dana daripada Program Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN N.4 Pantai Damai.

“Untuk RTP tahun 2021, kita mula memasukkan sekolah dalam senarai untuk kerja-kerja menaik taraf dan menambah baik.

“Sekolah ini antara lima sekolah yang disenaraikan untuk ditambahbaik melibatkan dana RM100,000,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melawat SK Temenggong semalam.

Dr. Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air) menjelaskan, perhatian akan diberi kepada infrastruktur sekolah bagi memberi keselesaan kepada guru dan pelajar.

“Untuk melahirkan pelajar berkualiti, persekitaran sekolah juga hendaklah berkualiti,” ujarnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Temenggong, Suhaimi Heep berkata, antara keutamaan pembangunan adalah ruang untuk ibu bapa menurunkan dan mengambil anak.

“Ia penting untuk memberi keselesaan kepada guru dan anak-anak terutama untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“Ruang berbumbung juga diperlukan untuk menuju ke kelas pra sekolah selain memasang pagar penghalang,” jelasnya.

Turut hadir jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Kuching.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: PKPB DILANJUTKAN HINGGA 17 MEI
Next: Kepentingan imunisasi mula difahami

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.