Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemudahan awam Sebauh diperkasa seiring naik taraf daerah
  • Utara
  • WILAYAH

Kemudahan awam Sebauh diperkasa seiring naik taraf daerah

Utusan Sarawak 2 hours ago
Dato Sri Dr Stephen Rundi menunjukkan reka bentuk cadangan pembangunan ‘waterfront’ Sebauh semasa lawatan kerja ke tapak projek, semalam.

BINTULU: Sebauh kini sedang merangka pembangunan kawasan baharu yang lebih tersusun dan mampan bagi memenuhi keperluan penduduk, selepas diwartakan sebagai daerah penuh.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, aspek keselamatan dan kesihatan menjadi fokus utama agar penyediaan kemudahan selaras dengan status tersebut.

“Dengan kedudukan Sebauh sebagai daerah penuh, kemudahan seperti balai polis, balai bomba dan klinik perlu disediakan agar menepati keperluan semasa penduduk.

“Kita juga perlu memastikan fasiliti sedia ada dinaik taraf secara berperingkat,” katanya ketika melakukan lawatan kerja ke tapak pembangunan di Pekan Sebauh di sini, semalam.

Dato Sri Dr Stephen Rundi melawat tapak projek pembinaan stadium di Sebauh semalam bagi meninjau perkembangan perancangan kemudahan berkenaan.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena itu, dua rumah ibadat iaitu gereja dan masjid bernilai RM10 juta setiap satu akan turut dibina melalui pembiayaan alternatif sebagai komponen penting dalam usaha membentuk komuniti moden di Sebauh.

“Hasrat kita adalah untuk mewujudkan suasana harmoni seperti di Lutong, Miri, di mana masyarakat Islam dan Kristian dapat hidup bersama dalam satu kawasan.

“Kedua-dua rumah ibadat yang dibina bersebelahan ini bakal menjadi simbol perpaduan masyarakat Sebauh pada masa depan,” jelasnya.

Menurutnya lagi, perancangan turut merangkumi pembinaan stadium bernilai RM8 juta serta penaiktarafan kawasan ‘waterfront’ bagi menyediakan ruang rekreasi dan sosial kepada penduduk.

Beliau menambah, keseluruhan pembangunan ‘township’ tersebut akan dilaksanakan secara berfasa supaya pelaksanaan kemudahan dapat disesuaikan dengan keperluan dan kemampuan semasa.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Program Remaja Qurani 1447H bentuk generasi berakhlak dan berilmu
Next: 80 pengusaha sayur dan buah terima bantuan pertanian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.