Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kemudahan asas Kampung Kupang dinaik taraf, tingkat kesejahteraan penduduk
  • Tengah
  • WILAYAH

Kemudahan asas Kampung Kupang dinaik taraf, tingkat kesejahteraan penduduk

Utusan Sarawak 8 hours ago
MOHAMAD Duri turun padang bagi melakukan tinjauan mengenal pasti keadaan sebenar jalan lorong di kampung tersebut di Kampung Kupang, semalam. Foto: Pusat Khidmat ADUN Kalaka

SARATOK: Penduduk di tiga kampung iaitu Kampung Hulu, Tengah dan Hilir Kupang bakal menikmati kemudahan asas yang lebih selesa dan selamat susulan pelaksanaan beberapa projek naik taraf infrastruktur di kawasan berkenaan.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek tersebut merangkumi naik taraf pintu air, jalan pertanian di Sungai Rembus dan Pagan, jalan-jalan lorong kampung, serta jeti belian.

​Menurut beliau, tinjauan yang telah dilakukan semalam bagi mengenal pasti keadaan sebenar jalan lorong di kampung tersebut bersama pemimpin tempatan termasuk Penghulu Misis Aris, Ketua Kaum Majenan Jamin dan Ketua Kaum Jepri Johari.

​”Saya akan membantu menerusi dana projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi menyediakan kemudahan asas yang terbaik kepada penduduk di Kampung Kupang.

“Ini adalah komitmen kita untuk memastikan keselesaan dan keselamatan rakyat sentiasa terjaga,” ujar beliau.

​Mohamad Duri menegaskan bahawa kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa memastikan tiada kawasan yang terpinggir daripada arus pembangunan, termasuk kampung-kampung dan rumah panjang di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

​Bagi tahun ini, dua projek RTP utama sedang dilaksanakan di Kampung Kupang iaitu naik taraf Dewan Serbaguna di Kampung Hulu Kupang dan maik taraf Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Kupang.

​Selain dana RTP, pembangunan di kawasan tersebut turut mendapat sokongan daripada Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA).

Projek di bawah seliaan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) ini memfokuskan kepada isu saliran yang sering menghantui pekebun.

“Projek naik taraf dua pintu air dan pembinaan baharu di Sungai Rembus dan Pagan Saratok telah pun ditender dan ditutup pada 16 Disember lalu.

“Usaha ini bertujuan membantu pekebun mengatasi masalah air bertakung dan banjir ketika hujan lebat,” tambahnya lagi.

​Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak BDDA atas kelulusan projek-projek kritikal tersebut yang bakal memberi impak besar kepada sosioekonomi penduduk setempat.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Naik taraf surau Kampung Pagan siap lebih awal, bukti kecekapan pelaksanaan projek RTP
Next: Sukan satukan komuniti, bakat muda Lingga terus diperkasa

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.