Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Kempen Nancy santai, bersahaja
  • PRU-15
  • TEMPATAN

Kempen Nancy santai, bersahaja

Utusan Sarawak 3 years ago

RAMAH MESRA… Dato’ Sri Nancy Shukri, Dato Sri Wan Junaidi serta Dr Hazland Abang Hipni beramah mesra bersama dengan penduduk Kampung Goebilt di sini, pagi ini.

KUCHING: Dato Sri Nancy Shukri meneruskan kempen pada hari keenam hari ini secara santai dan bersemuka dengan penduduk setempat dalam usahanya untuk memenangi kerusi Parlimen Santubong.

Beliau mengambil kesempatan menemui seramai mungkin penduduk kerana ia kawasan baharu ditandinginya setelah berpindah dari kerusi Parlimen Batang Sadong.

Namun, kawasan Santubong bukan baharu baginya secara peribadi kerana dari kecil sudah berada di situ.

Sekitar 9.00 pagi ini, beliau bersama bekas Ahli Parlimen Santubong, Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni mengambil kesempatan turun padang beramah mesra bersama penduduk Kampung Goebilt.

Mereka turut meninjau dan melihat pusat Produk Makanan Laut Kadir dan Hazmir (pemborong, pembekal dan peruncit hasil tangkapan laut) untuk beramah mesra bersama peniaga dan pembeli makanan laut di situ.

Selain ke Kampung Goebilt, Nancy turut berkunjung ke Kampung Senari, Kampung Sejingkat Hilir dan Ulu.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Ringankan beban kos sara hidup rakyat
Next: EIB, EU tinjau peluang pembangunan iklim di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.