MUKAH: Kempen pengumpulan peralatan elektrik terpakai bermula hari ini hingga esok mendapat sambutan hangat penduduk setempat.
Prpgram anjuran Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Sarawak dengan kerjasama Majlis Daerah Dalat dan Mukah (MDDM) itu diadakan di Dataran Pehin Setiaraja Mukah.
Program dua hari bermula pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang hari ini dan esok.
Jenis barangan elektrik terpakai yang boleh dilupuskan ialah televisyen,mesin basuh, penyaman udara, komputer, telefon bimbit, projektor, kamera, penyaman udara dan peralatan elektrik kecil isi rumah.
Pemilik barangan yang menghantarnya dibayar pada kadar harga yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur.
Tinjauan Utusan Sarawak mendapati ramai orang tampil menyerahkan barangan terpakai apatah lagi lokasi itu amat sesuai kerana pemilik barangan boleh memandu terus ke tempat pengumpulan secara teratur.