Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen lesen, vaksinasi anjing percuma sokong sifar rabies 2030 di Bintulu
  • Utara
  • WILAYAH

Kempen lesen, vaksinasi anjing percuma sokong sifar rabies 2030 di Bintulu

Utusan Sarawak 6 hours ago
KEMPEN lesen, vaksinasi anjing percuma sokong sifar rabies 2030 di Bintulu

BINTULU: Warga setempat digesa merebut peluang menyertai Kempen Pelaksanaan Lesen Anjing Percuma Tahun 2026 yang menawarkan pelesenan serta vaksinasi anti-rabies secara percuma bagi haiwan peliharaan.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), kempen tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemilik anjing mengenai kepentingan pelesenan dan vaksinasi, sekali gus menyokong usaha mencapai sifar kes rabies menjelang tahun 2030.

Melalui inisiatif itu, pemilik bukan sahaja memperoleh lesen anjing secara percuma yang sah sehingga 2028, malah turut menikmati suntikan vaksin anti-rabies tanpa sebarang bayaran.

Bagi urusan pelesenan dan mikrocip, pemilik boleh hadir ke Pejabat Perbandaran Bintulu di Jalan Sultan Iskandar, Batu 2 pada hari Isnin hingga Jumaat, bermula 8.30 pagi hingga 4.30 petang (tidak termasuk cuti umum).

Sementara itu, perkhidmatan vaksinasi anti-rabies disediakan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar di KM 4, Jalan Tun Ahmad Zaidi, dari Selasa hingga Jumaat, antara 8.30 pagi hingga 11.30 pagi.

Pemilik perlu membawa dokumen seperti kad pengenalan, kad vaksin (jika ada) serta gambar anjing. 

Haiwan peliharaan juga mestilah sihat, tidak bunting atau menyusu, dan berumur sekurang-kurangnya tiga bulan.

Orang ramai disaran mengambil peluang ini sebagai langkah melindungi haiwan kesayangan, keluarga dan komuniti daripada risiko rabies, selain menjadi pemilik yang bertanggungjawab.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Warga emas hilang di Belaga, operasi SAR diteruskan
Next: MBKS ambil tindakan segera, lubang Jalan Padungan ditampal sementara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.