Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kempen lesen anjing percuma galak pemilik patuhi pelesenan
  • SEMASA

Kempen lesen anjing percuma galak pemilik patuhi pelesenan

Utusan Sarawak 6 hours ago
POSTER hebahan Kempen Pelaksanaan Lesen Anjing Percuma Tahun 2026 yang akan diadakan di The Spring Bintulu pada 28 Mac ini.

BINTULU: Pemilik anjing di Bintulu digalakkan mengambil peluang menyertai Kempen Pelaksanaan Lesen Anjing Percuma Tahun 2026 bagi memastikan haiwan peliharaan mereka berdaftar dan divaksin.

Menurut kenyataan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), kempen tersebut turut menyediakan vaksin anti-rabies secara percuma sebagai langkah pencegahan penularan penyakit rabies.

Lesen anjing yang didaftarkan melalui kempen tersebut akan sah sehingga tahun 2028.

Program pendaftaran lesen anjing dan vaksinasi anti-rabies itu akan diadakan di pusat beli-belah The Spring Bintulu berhampiran pintu masuk tempat letak kereta bawah tanah.

Kempen berkenaan dijadual berlangsung pada 28 Mac ini dan terbuka kepada pemilik anjing di sekitar Bintulu.

Pemilik anjing yang ingin menyertai kempen tersebut perlu membawa kad pengenalan beserta salinan bagi tujuan pendaftaran.

Selain itu, kad kesihatan atau kad vaksin anjing berserta salinan juga perlu dibawa bagi pengesahan rekod vaksinasi.

Pemilik turut diminta menyediakan gambar anjing yang menunjukkan pandangan hadapan serta keseluruhan semasa proses pendaftaran.

Dalam pada itu, orang ramai diseru supaya bersama-sama menyokong usaha membanteras rabies dengan memastikan anjing peliharaan mendapatkan vaksin serta lesen yang sah.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Anugerah Kelestarian Bintulu 2026 buka penyertaan enam kategori
Next: Harga tambang AirBorneo kekal, walaupun kos bahan api meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.