Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen kutipan sumbangan mangsa banjir
  • Selatan
  • WILAYAH

Kempen kutipan sumbangan mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
SAKSI… Dayang Noorazah menyaksikan Persatuan Meninggi Akhlak Che Chua Khor menyerahkan 200 bakul makanan kering kepada sukarelawan untuk bantuan mangsa banjir.

SIMANGGANG: Masyarakat di Bahagian Sri Aman yang ingin tampil menghulurkan sumbangan untuk bencana banjir dan tanah runtuh hendaklah menghantar sumbangan tersebut ke Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata penduduk yang terkesan kerana bencana banjir dan tanah runtuh memerlukan bantuan berupa barangan keperluan sebelum 3 Februari ini.

SUMBANGAN… Dayang Noorazah menyumbangkan peruntukan berjumlah RM3,000 kepada Sukarelawan Anak Malaysia Bahagian Sri Aman.

“Justeru itu, Sukarelawan Anak Malaysia Bahagian Sri Aman telah memulakan kempen kutipan sumbangan barangan keperluan mangsa banjir. Kesemua barangan kutipan ini akan ditempatkan di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

“Penduduk yang bermurah hati hendaklah menghantar sumbangan mereka seperti yang ditetapkan iaitu kit kebersihan (ubat dan berus gigi, sabun, syampu); makanan kering (kopi, milo, teh); peralatan kebersihan (penyapu, mop, cecair pencuci lantai).

“Selain itu pakaian, keperluan sekolah, barangan dapur, kenderaan (untuk tujuan penghantaran barang) dan lain-lain bersesuaian,” katanya.

DAYANG Noorazah semasa melakukan tinjauan barang-barang yang telah disumbangkan warga masyarakat di sekitar Bahagian Sri Aman.

Beliau berkata demikian semasa memantau barang-barang yang telah disumbangkan warga masyarakat di sekitar Bahagian Sri Aman bagi membantu mangsa mangsa banjir di Bahagian Sri Aman dan juga di Bintulu, hari ini.

Dayang Noorazah dalam pada itu telah menyumbangkan peruntukan berjumlah RM3,000 kepada Sukarelawan Anak Malaysia Bahagian Sri Aman untuk menampung kos operasi para sukarelawan dalam menjalankan aktiviti pembungkusan, agihan dan kutipan barang sumbangan mangsa banjir selama lima hari di Pejabat Residen Bahagian Sri Aman.

Selain itu, Persatuan Meninggi Akhlak Che Chua Khor telah menyerahkan 200 bakul makanan kering kepada sukarelawan untuk bantuan mangsa banjir.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rumah persendirian musnah terbakar
Next: PPS SMK Tatau perlu bantuan petugas lebih ramai  – John Sikie Tayai 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.