Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kempen kutipan minyak masak terpakai perkukuh kelestarian bazar Ramadan
  • SEMASA

Kempen kutipan minyak masak terpakai perkukuh kelestarian bazar Ramadan

Utusan Sarawak 5 hours ago
SESI penyerahan bekas simpanan minyak masak terpakai kepada peniaga Bazar Ramadan sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian bandar.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) melaksanakan Kempen Pengumpulan Minyak Masak Terpakai bersempena Ramadan 2026 bersama peniaga bazar Ramadan sebagai langkah memperkukuh amalan pengurusan sisa secara mampan di tapak jualan bermusim itu.

Menurut kenyataan BDA, inisiatif tersebut bertujuan memupuk budaya bertanggungjawab dalam kalangan peniaga terhadap pengurusan sisa selain menyokong konsep ekonomi kitaran dengan menukarkan minyak masak terpakai kepada sumber yang lebih bernilai.

Kempen berkenaan melibatkan seramai 19 peniaga dengan sesi penyerahan bekas simpanan khas telah diadakan baru-baru ini bagi memudahkan proses pengumpulan sepanjang tempoh operasi bazar.

SESI penyerahan bekas simpanan minyak masak terpakai kepada peniaga Bazar Ramadan sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian bandar.

“Langkah ini juga bagi memastikan pengurusan sisa minyak yang lebih selamat, bersih dan teratur di kawasan bazar Ramadan, sekali gus mengurangkan risiko pencemaran serta menjaga kebersihan persekitaran,” katanya.

BDA memaklumkan pihaknya akan terus melaksanakan program kesedaran dan pemantauan berkala bagi memastikan tahap kebersihan di lokasi tumpuan awam sentiasa berada dalam keadaan memuaskan.

Sehubungan itu, BDA komited untuk memastikan persekitaran bazar Ramadan yang lebih bersih, selamat dan mesra alam demi kesejahteraan komuniti serta kelestarian bandar Bintulu dalam jangka panjang.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ADUN Lingga tinjau projek RTP RM300,000 bina benteng hakisan di Rumah Waine
Next: Vaksin tifoid wajib untuk pengendali makanan bazar Ramadan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.