Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen kitar semula E-Waste dan minyak masak terpakai di Bintulu 11–12 Oktober
  • Utara
  • WILAYAH

Kempen kitar semula E-Waste dan minyak masak terpakai di Bintulu 11–12 Oktober

Utusan Sarawak 9 hours ago
POSTER…Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan menganjurkan Kempen Pengumpulan Buangan Barangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) serta Minyak Masak Terpakai sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak 2025 yang dijadual berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini.

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan menganjurkan Kempen Pengumpulan Buangan Barangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) serta Minyak Masak Terpakai sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak 2025 yang dijadual berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini.

Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB), Jabatan Alam Sekitar (JAS), E-Concern (M) Sdn Bhd, dan Green Town Eco Sdn Bhd.

Menurut kenyataan BDA, kempen tersebut bertujuan mengurangkan pembuangan e-waste secara terus ke tapak pelupusan sampah, di samping menggalakkan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat setempat.

POSTER…Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) akan menganjurkan Kempen Pengumpulan Buangan Barangan Elektrik dan Elektronik (E-Waste) serta Minyak Masak Terpakai sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) Peringkat Sarawak 2025 yang dijadual berlangsung pada 11 dan 12 Oktober ini.

Program akan berlangsung dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang di perkarangan tempat letak kereta Dewan Suarah Bintulu.

“Orang ramai digalakkan hadir dengan membawa bahan kitar semula seperti barangan elektrik dan elektronik terpakai serta minyak masak terpakai untuk dihantar atau dijual, demi menyokong usaha ke arah mewujudkan bandar yang lebih bersih,” menurut kenyataan itu.

Senarai harga barangan kitar semula juga akan disediakan sepanjang kempen berlangsung.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: MBKS tegas penilaian semula cukai pintu ikut undang-undang, bukan beban rakyat
Next: Wanita warga emas hilang di Rengkang Lepong Empeliau, operasi SAR dilancar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.