Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen Keselamatan Jalan Raya Miri: 418 maut di Sarawak sepanjang 2025
  • Utara
  • WILAYAH

Kempen Keselamatan Jalan Raya Miri: 418 maut di Sarawak sepanjang 2025

Utusan Sarawak 8 hours ago
MENTERI Pengangkutan,Dato Sri Lee Kim Shin memakaikan topi keledar kepada salah seorang penunggang motosikal pada Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Bahagian Miri bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026,  hari ini.

MIRI: Sebanyak 21,747 kes kemalangan jalan raya direkodkan di Sarawak sepanjang tempoh Januari hingga Disember 2025, dengan 418 kematian dicatatkan, kata Menteri Pengangkutan,Dato Sri Lee Kim Shin.

Beliau berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu turut merekodkan 189 kes kecederaan parah dan 300 kes kecederaan ringan, sekali gus menunjukkan isu keselamatan jalan raya masih berada pada tahap membimbangkan.

“Statistik ini bukan sekadar angka, tetapi mencerminkan realiti bahawa keselamatan jalan raya masih menjadi satu cabaran besar yang memerlukan kesedaran dan kerjasama semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Kempen Keselamatan Jalan Raya Peringkat Bahagian Miri bersempena sambutan Tahun Baharu Cina 2026, di sini, hari ini.

Kim Shin menegaskan bahawa keselamatan jalan raya bukan hanya terletak di bahu kerajaan atau pihak berkuasa, sebaliknya merupakan tanggungjawab bersama semua pengguna jalan raya.

Katanya, kerajaan akan terus melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk menaik taraf infrastruktur dan memperhebat kempen kesedaran, namun keberkesanannya bergantung kepada sikap pengguna sendiri.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi had laju dan peraturan lalu lintas, tidak menggunakan telefon bimbit ketika memandu, memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat, memakai tali pinggang keledar termasuk penumpang belakang serta tidak memandu dalam keadaan letih atau di bawah pengaruh alkohol.

“Sempena sambutan Tahun Baharu Cina ini, saya menggesa seluruh masyarakat agar menjadikan keselamatan jalan raya sebagai budaya harian dan bukan hanya diamalkan ketika musim perayaan. Jadikan setiap perjalanan sebagai satu amanah,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, pasukan penguat kuasa dan rakan strategik yang bekerjasama menjayakan kempen tersebut.

Lee turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina 2026 kepada semua yang meraikannya, sambil berharap tahun baharu membawa kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan kepada semua.

Oleh Liong Chai Ling

Continue Reading

Previous: Perpaduan rakyat penentu masa depan Sarawak
Next: Perbadanan Sukan Sarawak perlu tingkat kemudahan sukan renang di Limbang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.