
MIRI: Penduduk sekitar Niah dijemput memeriahkan Kempen Kesedaran Kanser bertemakan ‘Bersatu Dalam Keunikan’ yang bakal berlangsung Dewan Komuniti Niah, 29 November ini.
Program anjuran Persatuan Penjagaan Paliatif Miri dengan kerjasama Hospital Miri itu diadakan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya pencegahan dan pengesanan awal penyakit kanser.
Sepanjang program yang bermula 8.30 pagi hingga 3.30 petang itu, pelbagai aktiviti diadakan termasuk ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma serta sesi perkongsian maklumat bersama pakar perubatan.
Menurut penganjur, kempen berkenaan bukan sahaja memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai tanda-tanda awal kanser, tetapi juga menggalakkan mereka untuk lebih prihatin terhadap pesakit dan keluarga yang terjejas.
“Matlamat utama kami adalah untuk memperkasa masyarakat dengan ilmu kesihatan serta membina semangat saling menyokong antara satu sama lain dalam menghadapi penyakit ini,” katanya dalam kenyataan.
Orang ramai tanpa mengira usia digalakkan hadir bagi menunjukkan sokongan terhadap usaha murni ini serta bersama-sama menyebarkan mesej kasih sayang dan kepedulian terhadap pesakit kanser.
Oleh Liong Chai Ling