Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Kempen kelayakan Piala Dunia bermula, gergasi Eropah mula bersaing
  • SUKAN

Kempen kelayakan Piala Dunia bermula, gergasi Eropah mula bersaing

Utusan Sarawak 3 days ago

Kapten Portugal, Cristiano Ronaldo (dua dari kanan) berlatih bersama rakan sepasukannya, Ruben Dias (kiri), Ruben Neves dan Bernardo Silva di pusat latihan Cidade do Futebol, Oeiras, menjelang aksi kelayakan Piala Dunia 2026 hujung minggu ini. – Foto AFP

PARIS: Piala Dunia yang bermula dalam tempoh lebih sembilan bulan lagi, juara Eropah Sepanyol dan beberapa pasukan gergasi lain di benua itu akhirnya memulakan kempen kelayakan mereka minggu ini.

Perancis, Jerman dan Portugal juga baru memulakan perjalanan yang mereka jangkakan akan membawa mereka ke kejohanan di Amerika Utara.

Keadaan di Eropah amat berbeza dengan benua lain.

Penyandang juara Piala Dunia, Argentina bersama Brazil dan Ecuador sudah pun layak dari zon Amerika Selatan, yang mana kempen hampir selesai. 

Sementara itu, enam slot sudah dimuktamadkan bagi kelayakan zon Asia.

Eropah memiliki 16 tiket kelayakan, iaitu sepertiga daripada jumlah keseluruhan bagi Piala Dunia 48 negara yang julung kali diadakan. 

Semua 12 juara kumpulan akan mara, dengan empat lagi slot ditentukan menerusi play-off.

Sepanyol, yang kini berada di ranking kedua dunia di belakang Argentina, tewas menerusi penentuan penalti kepada Portugal pada final Liga Negara-Negara UEFA Jun lalu.

La Roja memulakan misi kelayakan mereka dengan perlawanan di Bulgaria sebelum berdepan cabaran getir di Turkiye.

Skuad yang dibarisi Lamine Yamal dan Nico Williams serta kehadiran semula tonggak Manchester City, Rodri, selepas kecederaan lutut serius, disebut-sebut antara calon utama menjulang Piala Dunia.

Lamine Yamal. Foto AFP

Namun jurulatih Luis de la Fuente, yang turut bakal menguji Khvicha Kvaratskhelia bersama Georgia dalam Kumpulan E, mengambil pendekatan berhati-hati.

“Ini kempen kelayakan dan ia amat sukar,” tegas De la Fuente.

“Itali sudah terlepas dua Piala Dunia kebelakangan ini. Ada banyak langkah yang perlu diambil sebelum menghampiri pusingan akhir. Fokus utama adalah mara dahulu dan selesaikan tugasan.”

Perancis pula berjaya menjejakkan kaki ke dua final Piala Dunia terakhir, menjuarai edisi 2018 sebelum tewas menerusi penentuan penalti pada 2022.

Perhatian kini terarah kepada usaha Les Bleus menamatkan kempen dengan cemerlang sebelum jurulatih Didier Deschamps menutup tirai 14 tahun kendaliannya.

Deschamps pernah menjadi sebahagian skuad Perancis yang gagal layak ke Piala Dunia terakhir di Amerika Syarikat pada 1994, namun generasi kali ini diyakini mampu mengetuai kumpulan menentang Ukraine, Iceland dan Azerbaijan.

“Kelayakan Piala Dunia tidak pernah menjadi formaliti. Ia boleh jadi kejam dan tanpa kompromi di tahap tertinggi,” kata Deschamps yang turut memanggil kali pertama pemain baharu Liverpool, Hugo Ekitike.

Deschamps turut memanggil kali pertama pemain baharu Liverpool, Hugo Ekitike.

Portugal sepatutnya bersemangat selepas menjuarai Liga Negara-Negara, namun aksi berturut-turut menentang Armenia dan Hungary menjadi perlawanan pertama mereka sejak kematian tragis Diogo Jota Julai lalu.

“Kami mahu menghormati memorinya setiap hari,” kata jurulatih Roberto Martinez.

Pada usia 40 tahun, Cristiano Ronaldo tampak bertekad mengetuai pasukan dalam misi memburu kejuaraan Piala Dunia pertama mereka.

Jerman pula belum pernah mara ke separuh akhir kejohanan utama sejak Euro 2016.

Skuad kendalian Julian Nagelsmann kini berada di ranking kesembilan dunia, tetapi tetap ampuh dengan kehadiran bintang baharu Liga Perdana Inggeris, Florian Wirtz dan Nick Woltemade.

Mereka memulakan kempen menentang Slovakia di tempat lawan dan menentang Ireland Utara di laman sendiri, manakala Luxembourg turut menjadi pencabar dalam Kumpulan A. – AFP

Continue Reading

Previous: Nova bertekad pecah dominasi China dalam beregu campuran
Next: Isu peribadi tidak halang Mohamad Faisal kekal bersemangat beraksi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.