Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Kempen Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotik di Saratok
  • Tengah
  • WILAYAH

Kempen Jalur Gemilang semarakkan semangat patriotik di Saratok

Utusan Sarawak 13 hours ago
MOHAMAD Duri merasmikan Konvoi KMJG 2025 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak di Rumah Brues, Sungai Antu, di sini hari ini. Foto: FB Jabatan Penerangan Negeri Sarawak

SARATOK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menggesa seluruh rakyat Sarawak khususnya di Daerah Saratok agar menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dengan menjayakan Kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang.

Beliau menegaskan, pengibaran Jalur Gemilang di setiap rumah, pejabat, premis perniagaan, kampung, rumah panjang serta kenderaan adalah lambang cinta, kesetiaan dan kebanggaan terhadap tanah air tercinta.

“Kibaran Jalur Gemilang bukan sahaja menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan, malah menjadi simbol perpaduan rakyat Malaysia, khususnya di bumi Kenyalang yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan etnik.

“Ingatlah, setiap usaha kecil demi menunjukkan kecintaan kepada negara akan meninggalkan kesan besar buat generasi akan datang,” katanya ketika merasmikan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2025 anjuran Jabatan Penerangan Negeri Sarawak di Rumah Brues, Sungai Antu, di sini hari ini.

Menurutnya, tema sambutan tahun ini, Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni amat signifikan kerana mencerminkan komitmen bersama Kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dalam membina masyarakat penyayang, inklusif dan berpaksikan nilai kemanusiaan.

Mohamad Duri turut menegaskan bahawa konsep Malaysia MADANI adalah seiring dengan aspirasi Sarawak Maju Makmur 2030 yang menekankan pemikiran progresif, integrasi sosial berteraskan kepelbagaian serta pembangunan ekonomi yang inklusif.

“Rakyat Disantuni adalah lambang komitmen kerajaan dalam membina negara berteraskan nilai murni, keadilan dan kesejahteraan sosial untuk semua. Bagi Sarawak, konsep ini amat bermakna kerana menjamin tiada wilayah atau komuniti yang terpinggir daripada arus pembangunan,” ujarnya.

Katanya lagi, kerajaan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan sentiasa berusaha memastikan hak autonomi negeri terpelihara, di samping meningkatkan kualiti hidup rakyat di semua peringkat.

Antara program strategik yang sedang dilaksanakan termasuklah bantuan khas untuk komuniti pedalaman, penyediaan pendidikan berkualiti dengan infrastruktur terkini serta akses sistem kesihatan menyeluruh hingga ke kawasan terpencil.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pelaburan RM150 juta lonjak pembangunan ekonomi Lawas
Next: Jambatan baharu Lawas siap 62.6 peratus, sasar jadi ikon keterhubungan Wilayah Utara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.