Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Kempen Internet Selamat tingkatkan kesedaran warga emas agar lebih berwaspada
  • SEMASA

Kempen Internet Selamat tingkatkan kesedaran warga emas agar lebih berwaspada

Utusan Sarawak 14 hours ago
WAKIL Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyampaikan taklimat kepada komuniti setempat mengenai keselamatan Internet sempena Kempen Internet Selamat di Masjid Al-Mursyid Pekan Pauh, Arau. Foto Bernama

ARAU: Pelaksanaan Kempen Internet Selamat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dapat meningkatkan kesedaran golongan warga emas untuk lebih berwaspada terhadap ancaman penipuan dalam talian.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pekan Pauh Abd Aziz Abd Karim, 69, berkata, kempen itu bertepatan dengan keperluan semasa memandangkan semakin banyak warga emas kini menggunakan Internet dan media sosial dalam kehidupan harian mereka.

“Walaupun banyak warga emas kini celik teknologi dan menggunakan aplikasi media sosial seperti TikTok, mereka masih memerlukan bimbingan supaya tidak mudah terperdaya dengan taktik penjenayah siber,” katanya kepada Bernama pada majlis berbuka puasa MCMC Perlis di Masjid Al-Mursyid Pekan Pauh di sini.

Sebelum waktu berbuka puasa, terdapat pengisian sembang santai bersama MCMC termasuk pelaksanaan Kempen Internet Selamat yang turut melibatkan penyertaan penduduk setempat dan komuniti KRT berkenaan.

Abd Aziz berkata, kawasan Pekan Pauh di sini mempunyai sekitar 3,200 penduduk, dengan hampir 30 peratus daripadanya terdiri daripada warga emas, sekali gus pendedahan berkaitan keselamatan siber sangat penting bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa penipuan dalam talian.

“Program seperti ini sangat baik kerana ia memberi kesedaran tentang penggunaan Internet secara selamat, termasuk bagaimana mengelakkan diri daripada menjadi mangsa buli siber atau penipuan oleh penjenayah,” katanya. 

Beliau berharap kempen itu dapat dianjurkan dua atau tiga kali lagi bagi memberikan lebih banyak perkongsian informasi oleh MCMC mengenai penggunaan Internet selamat kepada penduduk setempat.

Seorang penduduk Saw Chang, 80, yang hadir bersama isterinya berkata taklimat menerusi kempen itu sangat bermanfaat kerana ia membantu warga emas memahami risiko penipuan dalam talian serta langkah keselamatan yang perlu diambil ketika menggunakan Internet. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Eric Tay gesa Kerajaan Persekutuan percepat proses tambah 17 kerusi DUN Sarawak
Next: Rakyat Malaysia terkandas di negara Teluk diminta maklum penerbangan pulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.