
SIBU: Orang ramai dijemput menyertai Kempen Derma Darah anjuran Pemuda dan Wanita Persatuan Klan Pan Chen Lau Sarawak yang akan berlangsung pada Sabtu ini, bertempat di Orange Zone, Star Mega Mall, di sini.
Kempen ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah, Hospital Sibu, dan akan bermula dari 9.30 pagi hingga 2.00 petang.
Penganjuran kempen ini bertujuan membantu pihak Bank Darah Hospital Sibu mendapatkan bekalan darah yang mencukupi bagi menampung keperluan pesakit di hospital tersebut.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman