
SIBU: Persatuan Penderma Darah akan menganjurkan kempen derma darah di Bangunan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cawangan Sibu pada Sabtu ini.
Program tersebut dianjurkan dengan kerjasama Unit Perkhidmatan Transfusi Darah Hospital Sibu bermula 9.00 pagi hingga 2.00 petang.
Penganjuran kempen ini adalah sebagai usaha membantu pihak bank darah hospital mendapatkan bekalan darah yang mencukupi untuk kegunaan Hospital Sibu.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kempen derma darah, orang ramai boleh menghubungi Bank Darah Hospital Sibu di talian 084-343333 sambungan 2010.
Oleh Akun Giman